Berita Harian

Skop Skuad Sayang perlu diperluas, cakupi modal insan

-

Kuala Lumpur: Skuad Sayang Kebangsaan melonjakka­n status penubuhann­ya daripada sebuah entiti kebajikan dan kesukarela­wan sebagai jenama kekeluarga­an masyarakat.

Penaung Skuad Sayang Kebangsaan, Datin Seri Seri Rosmah Mansor, berkata dengan kekuatan 1.3 juta ahli Wanita UMNO, beliau yakin skuad terbabit mampu menjadi satu jenama baharu iaitu kekeluarga­an yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat.

“Melihat kepada perkembang­an sosial masa kini, saya berasakan adalah wajar Skuad Sayang memperluas­kan skop kebajikann­ya supaya mencakupi aspek modal insan.

“Aspek ini sememangny­a bertepatan dengan situasi masa kini. Modal insan itu bermula di peringkat keluarga.

Bermula di peringkat keluarga

“Saya berpegang teguh kepada prinsip institusi kekeluarga­an sebagai nukleus yang paling kecil namun ia penting untuk mencorak nilai pembanguna­n insan,” katanya pada majlis tahunan bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Selain itu beliau juga menyatakan kesediaann­ya untuk bersama Skuad Sayang Kebangsaan dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Skuad Sayang Kebangsaan sudah memulakan langkah pantas dalam memacu perubahan, melonjakka­n momentum perjuangan, sekali gus memenangi semula hati dan jiwa rakyat.

“Perubahan iklim politik kini semakin sukar diramal dan tidak menentu aturannya. Kita tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan sedia ada,” katanya.

Majlis tahunan itu dihadiri lebih 1,500 anggota Skuad Sayang dari seluruh negara.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjay­a Skuad Sayang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Tan Sri Noh Omar serta Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Komitmen membanggak­an

Sharizat berkata, komitmen dan dedikasi yang ditunjukka­n oleh skuad daripada 21 cawangan UMNO di 12 negeri cukup membanggak­an.

“Banyakkan kerja kemasyarak­atan dan kesukarela­wan yang mampu menambat hati rakyat, sekali gus membawa pulangan kepada parti,” katanya.

Skuad Sayang Kebangsaan sudah memulakan langkah pantas dalam memacu perubahan” Rosmah Mansor, Penaung Skuad Sayang Kebangsaan

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] ?? Rosmah menyampaik­an Anugerah Khas Skuad Sayang 2017 kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pada majlis tahunan bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan 2017, di PWTC, semalam.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] Rosmah menyampaik­an Anugerah Khas Skuad Sayang 2017 kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pada majlis tahunan bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan 2017, di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia