Berita Harian

Graduan SEGI penuhi keperluan industri

Gabung pengajaran akademik, kokurikulu­m lahirkan graduan berdaya saing

- Oleh Siti Azila Alias

sebagai institusi pendidikan cemerlang sejak lebih empat dekad lalu.

SEGI berjaya membina keyakinan ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi program ditawarkan iaitu Sains Kesihatan (Perubatan, Optometri, Pergigian, Farmasi dan Sains Bioperubat­an); Sains Kesihatan Bersekutu (Kejururawa­tan,teknologi Makmal Perubatan, Kesihatan Persekitar­an, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan); Pengajian Komunikasi, Kreatif Seni dan Reka Bentuk; Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak; Kejurutera­an dan Alam Bina; Hospitalit­i dan Pelanconga­n; Teknologi Maklumat; Undang-undang; Psikologi serta Program Ijazah Amerika (ADP) dan praunivers­iti.

Jalin kerjasama

Bagi memastikan kualiti modul pembelajar­an diutamakan, SEGI bekerjasam­a dengan universiti antarabang­sa termasuk University of Southern Queensland, Australia; University of Sunderland, University of Greenwich, Keele University dan Abertay University dari United Kingdom serta Troy University, Minnesota State University, University of Toledo, University of Wyoming, dan University at Albany, SUNY dari Amerika Syarikat.

Pelbagai kelab dan persatuan juga ditubuhkan di SEGI bagi memberi peluang graduan memupuk minat, selain memperkasa­kan diri dalam kepemimpin­an, keusahawan­an, kerohanian dan kreativiti.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian) dalam Bahasa Inggeris dan Perhubunga­n Awam, Jazlin Zakri berkata, pengalaman di SEGI sangat berharga kerana modul pembelajar­an seimbang dan aktiviti luar kelas yang memberangs­angkan.

“Terdapat keseimbang­an dalam subjek diajar pada setiap semester bagi memastikan pelajar mempelajar­i teori dalam bahasa Inggeris dan Perhubunga­n Awam.

“Tidak kira sama ada anda bersandar lebih kepada bahasa Inggeris atau Perhubunga­n Awam, setiap subjek ditawarkan amat berguna untuk bidang masing-masing. Sepanjang pembelajar­an, saya juga berpeluang mengenali sahabat baharu,” katanya.

Pelajar Tahun Satu semester ketiga ini berkata, dia turut terbabit dalam aktiviti luar kelas dalam usaha menimba ilmu dan memperkasa­kan kemahiran insaniah, termasuk menyertai pertanding­an nyanyian, SEGI Idol 2017.

Bagi mewujudkan suasana pembelajar­an kondusif dan ceria, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti dan Kolej SEGI turut menganjurk­an pelbagai aktiviti kebudayaan, sosial, sukan serta rekreasi sepanjang tahun termasuk Festival of Lights, Pesta Makanan Antarabang­sa; dan sebagainya.

SEGI beroperasi melalui kampus induknya di Kota Damansara dan empat kolej lain di Subang Jaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching dengan jumlah penuntut keseluruha­n seramai 25,000 orang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Universiti SEGI (0361451777 atau 011-12106389), Kolej SEGI Subang Jaya (0386001777 atau 016-2129154), Kolej SEGI Kuala Lumpur (03-20702078 atau 018211 8653), Kolej SEGI Penang (042633888 atau 013-6294880), Kolej SEGI Sarawak (082252566 atau 017-8592566), atau layari https://www.segi. edu.my/en/programmes/ all/, selain di Facebook SEGI University & Colleges.

 ??  ?? Pertanding­an nyanyian SEGI Idol 2017 antara kegiatan kokurikulu­m disertai pelajar bagi memperkasa­kan kemahiran insaniah.
Pertanding­an nyanyian SEGI Idol 2017 antara kegiatan kokurikulu­m disertai pelajar bagi memperkasa­kan kemahiran insaniah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia