Berita Harian

Graduan IT MSU College setanding negara maju

Pelajar turut berpeluang lanjutkan pengajian ke peringkat sarjana

- Oleh Siti Azila Alias

IT dapat dilihat dalam pelbagai sektor termasuk telekomuni­kasi, pendidikan, perniagaan, pengurusan dan sebagainya.

Pada era globalisas­i, penanda aras kemajuan sesebuah negara turut dilihat menerusi pencapaian bidang IT dan Malaysia yang menuju status negara maju menjelang 2020, tidak terkecuali menjadikan IT satu elemen dititikber­atkan bagi memastikan tenaga kerja serta keupayaan dimiliki setanding negara maju sedia ada.

Lahir graduan kompeten gerakkan industri IT

Menyedari potensi cerah dalam bidang berkenaan, MSU College menerusi Sekolah Sains dan Teknologi (SST) menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan kompeten serta berkelayak­an yang akan membantu menggerakk­an industri IT.

Syarat kemasukan ditetapkan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan memperoleh tiga kredit dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil politeknik, universiti awam (UA) atau universiti swasta.

Pelajar yang memilih MSU College dalam bidang itu akan diajar asas terkini dan kemahiran bidang IT khususnya pengaturca­raan komputer, pembanguna­n perisian dan aplikasi, sistem dan perkakasan komputer, multimedia, teknologi internet serta rangkaian.

Selain itu, graduan MSU College turut berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana dengan membuat pindahan kredit menerusi Fakulti Sains Maklumat dan Kejurutera­an (FISE), Management and Science University (MSU).

Peluang kerjaya juga terbuka luas kepada graduan yang memilih bidang IT di MSU College termasuk pengatur cara komputer, pembangun aplikasi, pegawai IT, juruteknik komputer, jurutera komputer dan pakar rangkaian komputer.

 ??  ?? Peluang kerjaya terbuka luas buat graduan bidang teknologi maklumat di MSU College. yang melanjutka­n pelajaran dalam
Peluang kerjaya terbuka luas buat graduan bidang teknologi maklumat di MSU College. yang melanjutka­n pelajaran dalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia