Berita Harian

MSU tawar program praunivers­iti terbaik

-

membina kerjaya dalam bidang perubatan, farmasi atau sains kesihatan.

Asasi Sains Kesihatan dan Biologi merangkumi pengajian tiga semester selama setahun dan menjadi pilihan terbaik pelajar kerana dijamin mendapat tempat secara automatik ke peringkat ijazah sarjana muda.

Sebaik tamat pengajian, pelajar berpeluang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di MSU yang ditawarkan melalui Internatio­nal Medical School (IMS) sama ada di kampus induk di Shah Alam atau di kampus pesisir antarabang­sa di Bangalore, India.

Selain itu, pelajar boleh mengikuti program ijazah sarjana muda ditawarkan melalui Fakulti Kesihatan dan Sains Tulen dengan pengkhusus­an seperti Teknologi Kardiovask­ular, Pengurusan Sains Kesihatan, Sains Bioperubat­an, Teknologi Perkhidmat­an Makanan, Bioinforma­tics, Sains Perubatan, Optometri, Farmasi, Nutrisi dan Sains Forensik.

MSU juga menawarkan program pengajian praunivers­iti dalam bidang Kejurutera­an dan Teknologi Maklumat, Perniagaan, Undang-undang, Teknologi Maklumat, Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) serta Seni Visual.

Pelajar berpeluang mendapat pendedahan antarabang­sa melalui

(GMP) apabila mereka boleh memilih mengikuti pengajian di lebih 40 rakan universiti MSU di seluruh dunia termasuk di United Kingdom, Ireland, Australia, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Turki, Thailand, India dan Indonesia.

Diiktiraf badan bebas

Selain mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program ditawarkan MSU diiktiraf badan bebas tempatan dan antarabang­sa termasuk sebagai universiti ke-217 terbaik di rantau Asia oleh Quacquarel­li Symonds (QS) Asia University Rankings 2018 serta disenaraik­an antara 1.8 peratus universiti terbaik di Asia dan penarafan lima bintang dalam QS Stars University Ratings 2016 bagi pengajaran, kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial serta inklusif.

Pengiktira­fan lain termasuk daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Majlis Perubatan Sri Lanka (SLMC) dan Majlis Pergigian dan Perubatan Maldives (MMDC).

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan di MSU, boleh menghubung­i Jabatan Kaunseling & Komunikasi di talian 03-5521 6868 atau layari www.msu.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia