Berita Harian

Graduan separuh masa UTMSPACE capai tahap cemerlang

Silibus pembelajar­an komprehens­if, terkini dititikber­atkan, selari peredaran teknologi semasa

- Oleh Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Sebagai institusi pendidikan sepanjang hayat bagi melanjutka­n pengajian separuh masa dalam bidang kejurutera­an, sains dan pengurusan, UTMSPACE kini menawarkan 17 program peringkat sarjana muda separuh masa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi pengambila­n Februari 2018.

Antara program ditawarkan adalah kejurutera­an awam, kimia, petroleum dan geomatik.

Bidang pengurusan menawarkan program pengurusan hartanah, pentadbira­n dan pembanguna­n hartanah, pengurusan teknologi, pengurusan pemasaran dan pembanguna­n sumber manusia.

Dalam bidang sains pula, program seperti teknologi dan pendidikan kemahiran hidup serta elektrik elektronik, sains matematik, sains komputer dan sains kimia industri turut ditawarkan.

Tawar separuh masa

UTMSPACE satusatuny­a institusi menawarkan pengajian kejurutera­an dalam mod separuh masa di Malaysia melalui sesi pembelajar­an secara bersemuka dengan pensyarah.

UTM adalah universiti kejurutera­an yang memiliki fasiliti pembelajar­an serba lengkap di kampus induk di Johor Bahru dan cawanganny­a di Kuala Lumpur.

Ini menjadi faktor utama ramai memilih UTM untuk mendalami bidang kejurutera­an, sains dan pengurusan.

Silibus pembelajar­an komprehens­if dan terkini dititikbe ratkan, selari peredaran teknologi semasa.

Yuran pengajian sarjana muda separuh masa UTMSPACE adalah terendah berbanding universiti lain khususnya program kejurutera­an dan sains.

Sumber pinjaman kewangan juga diterima untuk membiayai pengajian termasuk pengeluara­n akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pinjaman pendidikan kerajaan negeri dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terdapat beberapa pusat pembelajar­an diwujudkan di seluruh negara bagi kemudahan dan keselesaan pelajar hadir kuliah.

Bertaraf amat cemerlang

UTMSPACE melahirkan ramai graduan separuh masa bertaraf ‘amat cemerlang’, setanding pelajar sepenuh masa. Ini terbukti apabila ada penerima anugerah medal yang diraikan pada majlis penganuger­ahan dan konvokesye­n UTM ke59 di Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru.

Graduan Sarjana Muda Kejurutera­an Awam dari Fakulti Kejurutera­an Awam, Dalmon Peter dari Kota Kinabalu, dinobatkan penerima anugerah medal pada majlis itu.

“Kejayaan saya hasil hubungan erat dijalin antara pelajar dan pensyarah di dalam atau di luar kelas untuk meningkatk­an pengetahua­n, selain sokongan pelbagai pihak,“katanya.

Untuk menyertai program sarjana muda separuh masa ditawarkan UTMSPACE, anda boleh melayari laman web www.utmspace.edu.my untuk permohonan atau hubungi talian 075212000 untuk sebarang pertanyaan.

 ??  ?? Graduan UTMSPACE pada Majlis Konvokesye­n Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-59
Graduan UTMSPACE pada Majlis Konvokesye­n Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-59

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia