Berita Harian

40,000 cipta rekod penyertaan terbesar belia

-

Sepang: Lebih 40,000 penuntut dari 60 universiti dan kolej seluruh negara menyertai larian Malaysians United Run (MUR) 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang di sini, semalam.

Larian sejauh lima kilometer yang kali kedua dianjurkan Institut Onn Jaafar (IOJ), turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein yang juga Penaung IOJ dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Yang turut menyertai larian ialah isteri Hishammudd­in, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif IOJ, Charles Mohan.

Dapat pengiktira­fan

MUR 2017 bertema Let's Light Up Our

Children's Future, diiktiraf Brand Laureate atas pencapaian Penyertaan Terbesar Belia Dalam Acara Larian.

Pada penganjura­n pertama pada 2015, larian itu mendapat pengiktira­fan The Malaysia Book of Records sebagai Penyertaan Terbesar Pelajar Kolej dalam Larian Kempen Kesukarela­an.

Sementara itu, Hishammudd­in ketika berucap pada acara berkenaan, berkata program itu bertujuan mengumpul dana untuk disumbangk­an kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di negara ini.

Pastikan momentum berterusan

“Saya teruja dan bangga melihat ramai anak Malaysia bersama kita hari ini. Kita di IOJ mahu membuktika­n anak muda pelbagai kaum dan latar belakang boleh berkumpul di satu tempat dan membantu negara.

“Justeru, mari kita pastikan momentum ini berterusan bagi meletakkan Malaysia sebaris negara lain. Mari kita buktikan dalam kepelbagai­an kita ini ada kekuatan,” katanya.

Hishammudd­in berkata, IOJ akan menyumbang RM250,000 daripada dana yang dikumpul pada program itu kepada 50 kanak-kanak kurang bernasib baik yang terpilih, bagi menampung perbelanja­an pendidikan mereka selama setahun.

Kita di IOJ mahu membuktika­n anak muda pelbagai kaum dan latar belakang boleh berkumpul di satu tempat dan membantu negara” Hishammudd­in Hussein, Menteri Pertahanan

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Hishammudd­in bersama Tengku Marsilla melepaskan peserta Malaysians United Run 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Hishammudd­in bersama Tengku Marsilla melepaskan peserta Malaysians United Run 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia