Berita Harian

Program Usahawan Bergerak sasar 1,000 lagi peserta

-

Machang: Program Usahawan Bergerak yang diperkenal­kan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sejak awal tahun ini dengan peruntukan RM30 juta, berjaya meningkatk­an pendapatan usahawan muda luar bandar sekurang kurangnya 30 peratus sebulan.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata sehingga kini seramai 2,121 peserta terdiri daripada usahawan pelbagai bidang di seluruh negara, menerima bantuan motosikal serta peralatan bernilai RM10,000 setiap seorang bagi membantu memajukan perniagaan masing-masing.

“Kajian ke atas peserta peringkat pertama yang menerima bantuan mendapati pendapatan mereka meningkat 30 peratus sebulan menerusi kemudahan termasuk kenderaan yang diberikan.

“Kita gembira kerana Program Usahawan Bergerak atau Mobilepren­eur mampu bantu usahawan muda luar bandar meningkatk­an pendapatan dan program ini dijangka diteruskan pada tahun hadapan dengan menyasarka­n 1,000 peserta untuk peringkat permulaan,” katanya.

Jangan salah guna kemudahan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Mobilepren­eur peringkat Kelantan di Pusat Transforma­si Ilmu, di sini, semalam.

Ahmad Jazlan turut mengingatk­an peserta supaya tidak menyalahgu­nakan kemudahan yang diberikan Kerajaan Pusat.

“Kita tidak mahu kemudahan disalah guna atau peserta menjualnya sedangkan bantuan itu untuk membantu mereka. Kita akan memantau pergerakan dan melihat perkembang­an menerusi pemimpin setempat.

“Kita mahu melahirkan ramai usahawan yang berjaya meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup,” katanya.

Sementara itu, peserta, Nurul Wahida Mahmud, 23, bersyukur kerana terpilih sebagai peserta Program Usahawan Bergerak dan kemudahan itu membantu perniagaan jahitan yang diusahakan­nya.

Lulusan dalam bidang jahitan dari Universiti Teknologi MARA (UITM) itu berkata, jika sebelum ini dia berdepan masalah pengangkut­an untuk menghantar pakaian pelanggan, kini masalah itu dianggap selesai.

“Insya-allah jika sekarang saya mampu menjana RM300 hingga RM500 sebulan, selepas ini mungkin meningkat dengan peralatan mesin menjahit dan motosikal yang diberikan ini,” katanya.

 ?? [FOTOFARISZ­AINULDIN/BH] ?? Ahmad Jazlan (kanan) berbual dengan usahawan yang menerima motosikal pada Majlis Penyerahan Mobilepren­eur peringkat Kelantan di Pusat Transforma­si Ilmu, Machang, semalam.
[FOTOFARISZ­AINULDIN/BH] Ahmad Jazlan (kanan) berbual dengan usahawan yang menerima motosikal pada Majlis Penyerahan Mobilepren­eur peringkat Kelantan di Pusat Transforma­si Ilmu, Machang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia