Berita Harian

Pesisir pantai meriah, daya tarikan Terengganu

Lokasi menarik gamit kehadiran pelancong tempatan, luar negara

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

“Ini keropok lekor ‘mayat’, kalau suka keropok jenis ini boleh beli yang mentah di dalam pasar,” kata penjual keropok lekor siap digoreng di luar Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Itu kali pertama penulis dan dua lagi rakan mendengar perkataan keropok lekor ‘mayat’ biarpun sudah beberapa kali berkunjung ke negeri yang terkenal dengan pelbagai makanan hasil lautan itu.

Kedua-dua rakan penulis rupanya gemar makan keropok yang isinya berwarna putih berbanding isi gelap kerana bagi mereka berdua, pilihan ini lebih enak.

Makanan tradisiona­l tempatan

Tanpa membuang masa, kami segera melangkah ke bahagian menjual keropok dan makanan tradisiona­l tempatan untuk mencari keropok berkenaan.

Awalnya agak was-was untuk menyebut keropok ‘mayat’ kerana bimbang peniaga di situ tidak faham, tetapi sangkaan kami meleset apabila peniaga berkenaan pantas saja menunjukka­n keropok itu.

“Inilah keropok mayat, panjang macam mayat, kurang isi ikan berbanding tepung. Keropok kalau lagi gelap maknanya banyak isi ikan, lebih mahal,” katanya sambil mengangkat keropok yang masih panas itu dengan penyepit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia