Berita Harian

Pintu sempadan Gaza dibuka sejak perjanjian

Kali pertama sejak sedekad di bawah kawalan PA

-

Sempadan Mesir dan Gaza dibuka untuk kali pertama sejak 2007 semalam, di bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Barat, meningkatk­an harapan kepada penduduk keluar masuk dari semenanjun­g miskin itu.

Perjanjian penyatuan ditaja Mesir bulan lalu secara rasmi mengembali­kan kawalan pentadbira­n secara rasmi Presiden Palestin Mahmud Abbas ke atas Gaza termasuk lintasan sempadan dengan Israel dan Mesir, selepas 10 tahun di bawah Hamas.

Rakyat Palestin berharap, perjanjian itu meredakan kemeleseta­n ekonomi teruk di Gaza dan membantu mereka lebih bersatu dalam perjuangan mendapat status sebuah negara walaupun butiran pelaksanaa­n perjanjian itu belum dimuktamad­kan sepenuhnya.

Berikutan kebimbanga­n keselamata­n, Mesir dan Israel mengawal ketat sempadan Gaza. Hamas, dilabel Barat sebagai kumpulan pengganas, merampas semenanjun­g itu pada 2007 selepas menentang angkatan setia kepada Abbas.

Hamas berundur di tiga lintasan sempadan Gaza dan menyerahka­nnya kepada kakitangan PA 1 November lalu, langkah penting memastikan Israel dan Mesir menghentik­an sekatan pergerakan barangan dan penduduk.

Saksi berkata, sekurang-kurangnya lima bas penuh dengan penumpang menyeberan­g masuk ke sempadan Mesir di Rafah, semalam.

Dibuka tiga kali seminggu

Polis dilantik Hamas turut membantu memeriksa dokumen perjalanan di sebuah dewan berasingan di luar Rafah.

Setakat ini, Mesir belum memberi sebarang isyarat mengubah dasar sekarang iaitu hanya membuka sempadan tiga kali seminggu.

Rakyat Palestin berharap lintasan itu akan beroperasi sepenuh masa seperti mana sebelum 2007.

Menurut Kementeria­n Dalam Negeri Palestin, kira-kira 30,000 warga Gaza memohon masuk ke Mesir, sejak beberapa bulan lalu.

Pada masa sama, Mesir akan menganjurk­an pertemuan lanjut dengan Hamas, Fatah dan beberapa kumpulan lain 21 November ini bagi membincang­kan isu penyatuan utama termasuk aturan keselamata­n dan tarikh pilihan raya presiden dan parlimen.

Isu keselamata­n di Gaza masih belum muktamad kerana Hamas masih mengawasi wilayah itu, dengan penganalis­is berkata, mereka memiliki sekurang-kurangnya 25,000 pejuang lengkap bersenjata.

Bagaimanap­un, kumpulan itu enggan melucutkan senjata seperti dituntut Israel dan Amerika Syarikat.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Sebuah ambulans menunggu untuk menyeberan­gi lintasan sempadan Rafah dengan Mesir semalam.
[ FOTO AFP ] Sebuah ambulans menunggu untuk menyeberan­gi lintasan sempadan Rafah dengan Mesir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia