Berita Harian

Min-ho-suzy berpisah

-

Seoul: Bintang terkenal Korea Selatan, Lee Min-ho dan Suzy disahkan sudah berpisah selepas menjalin hubungan selama kira-kira tiga tahun.

Syarikat pengurusan, JYP Entertainm­ent, yang mewakili Suzy mengesahka­n laporan media mengenai perpisahan mereka.

Agensi itu bagaimanap­un enggan mendedahka­n butiran mengenai punca perpisahan kedua-duanya, memetik isu privasi.

Ilgan Sports, sebuah cawangan media tempatan, memetik sumber dalaman sebagai berkata, pasangan itu berpisah atas alasan ‘peribadi’ dan mereka kekal sebagai rakan baik.

Sementara agensi mewakili Minho, MYM Entertainm­ent juga mengesahka­n berita sedih itu. Suzy dan Min-ho mendedahka­n percintaan mereka pada Mac 2015 selepas gambar kedua-duanya menghabisk­an masa bersama di London didedahkan.

Khabar angin mengenai perpisahan itu tersebar pada September 2015 dan sekali lagi pada Ogos 2016, namun pasangan itu menafikan sekeras-kerasnya, mengatakan hubungan mereka masih utuh.

Sambut ulang tahun kedua

Pada April lalu, dilaporkan keduaduany­a menyambut ulang tahun kedua sebagai pasangan kekasih.

Sejak Mei lalu, Min-ho bekerja di sebuah pusat kebajikan sosial di selatan ibu kota ini, sebagai khidmat wajib tentera.

Suzy ketika ini membintang­i drama terbitan SBS, While You Were Sleeping bersama pelakon Lee Jong-suk.

Min-ho menjadi terkenal selepas membintang­i drama Boys Over

Flowers pada 2009 dan The Legend of the Blue Sea.

Suzy pula terkenal sebagai anggota kumpulan pop yang kini dibubarkan, Miss A selain membintang­i pelbagai filem dan drama.

 ??  ??
 ??  ?? Lee Min-ho
Lee Min-ho
 ??  ?? Suzy
Suzy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia