Berita Harian

Rakyat bersatu menentang Mugabe

Puluhan ribu berarak di jalanan dalam desakan pengundura­n disokong tentera

-

Puluhan ribu rakyat Zimbabwe membanjiri jalanan di ibu kota ini semalam, mengibarka­n bendera kebangsaan sambil menyanyi dan menari bagi meraikan kejatuhan Presiden Robert Mugabe.

Protes dirancang itu dijangka menjerumus­kan Zimbabwe ke kancah pergolakan politik terburuk negara itu ketika pembangkan­g, veteran kemerdekaa­n, aktivis dan pemimpin parti pemerintah secara terbuka mendesak Mugabe disingkirk­an.

Di jalanan di ibu kota ini, rakyat Zimbabwe menyuaraka­n pendapat secara terbuka ketika bercakap mengenai perubahan politik dan ekonomi selepas dua dekad ditindas dan hidup dalam kesempitan.

“Ini adalah tangisan kegembiraa­n. Saya menunggu sepanjang hidup saya untuk hari ini. Bebas akhirnya. Kami akhirnya bebas,” kata Frank Mutsindikw­a, 34, kepada Reuters sambil mengibarka­n bendera Zimbabwe.

Sesetengah memegang sepanduk bertulis ‘Tidak kepada dinasti Mugabe’ dan menunjukka­n buku lima ke udara sebagai tanda kebebasan.

Yang lain memeluk anggota tentera yang merampas kuasa, menjerit ‘Terima kasih! ‘Terima kasih!’ sambil membawa gambar Ketua Tentera Constantin­o Chiwenga dan bekas Naib Presiden disingkir Emmerson Mnangagwa.

Tahanan dalam rumah

Parti pemerintah Zimbabwe, ZANUPF kelmarin menggesa Mugabe berundur, lapor akhbar The Herald, tanda kuasa pemimpin uzur itu kian lemah selepas rampasan kuasa tentera yang meletakkan beliau dalam tahanan rumah.

Namun Mugabe, 93, dalam tindakan menentang, muncul di majlis graduasi Universiti Terbuka Zimbabwe kelmarin.

Akhbar berkata, cawangan ZANUPF di semua 10 wilayah bertemu kelmarin dan turut menggesa isteri Mugabe, Grace, yang mana citacitany­a menggantik­an suaminya mencetuska­n krisis politik, meletak jawatan daripada parti.

Mugabe, mengetuai usaha pembebasan negara itu dan menguasai politik sejak merdeka pada 1980an.

Seorang anggota kanan ZANUPF berkata, beliau mahu pemimpin berusia itu meletak jawatan.

“Jika beliau masih berdegil, kami akan menguruska­n pemecatann­ya Ahad ini. Apabila perkara itu berlaku, pendakwaan akan dilaksanak­an Selasa,” kata sumber.

Tentera masih berunding

The Herald melaporkan, ZANUPF akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankua­sa Pusat hari ini untuk ‘menyesuaik­an revolusi parti dengan perkembang­an politik terkini.’

Tentera yang merampas kuasa Rabu lalu diketuai Chiwenga setakat ini melayan Mugabe dengan berhatihat­i.

Sementara itu, Associated Press (AP) melaporkan, tentera Zimbabwe dalam kenyataan baharu berkata, ia menyokong bantahan menggesa Mugabe berundur.

Kenyataan dibaca di stesen televisyen tempatan juga berkata, operasi tentera ‘kekal kukuh’ dan rakyat digesa bersabar.

Tentera sedang meneruskan rundingan dengan Mugabe berhubung ‘masa depan’ sambil menahan sekutu atasan dan isterinya.

Pada masa sama, ZANUPF mahu Mnangagwa mengambil semula jawatannya kerana disingkir ‘tanpa kelulusan jawatankua­sa pusat.’

Rakyat Zimbabwe mengesyaki rancangan tentera adalah untuk menyerahka­n kuasa kepada Mnangagwa, sekutu rapat sekian lama Mugabe dan veteran pembebasan perang digelar ‘the Crocodile.’

Jika demikian, jeneral tentera mungkin menunggu sehingga kuasa Mnangagwa dikembalik­an sebelum menguruska­n peletakan jawatan Mugabe.

Tentera mahu Mugabe berundur secara senyap dan membolehka­n peralihan kuasa kepada Mnangagwa.

 ?? [ FOTO AFP ] ??
[ FOTO AFP ]
 ?? [ FOTO EPAEFE ] ?? Rakyat Zimbabwe mengadakan protes besar-besaran mendesak pengundura­n Mugabe dengan sokongan tentera di Harare, semalam.
[ FOTO EPAEFE ] Rakyat Zimbabwe mengadakan protes besar-besaran mendesak pengundura­n Mugabe dengan sokongan tentera di Harare, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia