Berita Harian

Pentagon dedah data serangan seksual di pangkalan tentera

-

Washington: Tentera Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih 20,000 dakwaan serangan seksual di pangkalann­ya sejak empat tahun lalu, kata Pentagon dalam satu laporan kelmarin.

Laporan oleh Pejabat Tindak Balas dan Pencegahan Serangan Seksual Jabatan Pertahanan memperinci­kan dakwaan cawangan perkhidmat­an untuk tahun fiskal 2013 dan 2016 dengan tentera, pasukan terbesar anggota keselamata­n, melaporkan 8,294 kes.

Sementara tentera laut melaporkan 4,788 kes, kor marin 3,400 kes dan tentera udara, 8,876 kes. Pasukan tentera memiliki kirakira 1.3 juta anggota yang aktif bertugas.

Menurut laporan Reuters, angka kes tinggi dicatat di pangkalan lebih besar seperti Naval Station Norfolk, Virginia serta hab luar negara seperti Korea Selatan.

Serangan seksual dalam tentera, didefinisi­kan segalagala­nya daripada meraba sehingga rogol, dipercayai lebih tinggi berbanding data laporan.

Pentagon berkata, ia menganggar­kan pada 2016, kurang satu pertiga anggota yang berkhidmat dan diserang secara seksual, melaporkan­nya.

Kes menurun

Menurut data baharu didedahkan, pangkalan AS di Korea Selatan mencatat gabungan 211 laporan serangan seksual sementara Norfolk mencatat 270 kes pada tahun fiskal 2016, bermula pada Oktober 2015 dan berakhir September 2016.

Angka itu menurun sedikit berbanding 291 kes di Norfolk pada 2015.

Pentagon bagaimanap­un tidak menjelaska­n mengenai data itu namun mengakui laporan menunjukka­n di mana mangsa melapor kan serangan seksual tidak bermaksud di mana serangan itu berlaku.

Laporan serangan seksual dari pangkalan besar lain pada 2016 termasuk Fort Hood di Texas dengan 199 kes; Pangkalan Tentera Laut di San Diego, California (187 kes); Kem Lejeune di Carolina Utara (169 kes); Kem Pendleton, California (157 kes) dan Fort Bragg di Carolina Utara (146 kes).

Terdahulu, Pentagon melaporkan, tahun ini sejumlah 6,172 laporan serangan seksual dibuat pada 2016, berbanding 6,082 tahun sebelumnya. Ini adalah peningkata­n mendadak berbanding 2012 apabila 3,604 kes dilaporkan.

Menurut tinjauan terbaharu, 14,900 anggota berkhidmat mengalami serangan seksual pada 2016, menurun daripada 20,300 pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia