Berita Harian

Ratu Elizabeth tidak bawa wang tunai

-

London: Sebagai seorang wanita, pastinya Ratu Elizabeth II gemarkan beg tangan bergaya sama seperti wanita lain, namun kandungan beg tangannya tidak sama seperti orang lain.

Kebiasaann­ya, wanita akan meletakkan bermacam barangan termasuk tisu, gula-gula getah, pin rambut, resit dan wang, namun, apa yang ada dalam beg tangan ratu agak terpilih.

Bagaimanap­un, tidak banyak barangan dibawa ratu untuk ke mana-mana. Baginda hanya membawa bersama telefon bimbit, gincu kegemaran jenama Clarin, cermin mata untuk membaca, gula-gula pudina dan pen.

Beliau malah tidak membawa wang tunai, mungkin satu kelebihan menjadi seorang wanita terkaya di dunia.

Derma tanpa dilihat

Bagaimanap­un, sehari dalam seminggu ratu akan memecah tradisi dan membawa sendiri wang tunai.

Sebagai ketua gereja di England, ratu mengambil berat peranan keagamaann­ya dan akan menghadiri upacara keagamaan Kristian pada setiap Ahad.

Pada hari itu, beliau akan membawa sedikit wang tunai dalam beg tangan untuk menderma dengan meninggalk­annya di pinggan kutipan, ketika ia diedarkan.

Namun beliau masih ratu dan menurut akhbar The Telegraph, baginda sering mengarahka­n seorang pembantu untuk menggosok dan melipat wang kertas lima pound (RM27.52) sehingga menjadi sekeping petak kecil untuk menderma tanpa dilihat.

Bagaimanap­un, wang kertas British kini diperbuat daripada plastik dan mungkin baginda tidak akan mengarahka­n pembantu untuk menggosok atau melipat kerana ia akan merosakkan wang itu.

Baginda juga pernah dilihat menambah jumlah derma kepada 10 pound (RM55.04).

 ??  ?? Ratu Elizabeth
Ratu Elizabeth

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia