Berita Harian

Asia dominasi destinasi pelanconga­n dunia

Hong Kong terus unggul sebagai kota paling ramai dikunjungi pelawat

- Susunan Suzan Ahmad suzan@bh.com.my

Untuk kali kesembilan berturut-turut, Hong Kong terus unggul sebagai kota paling ramai dikunjungi pelancong di muka bumi ini.

Badan penyelidik­an pasaran Euromonito­r Internatio­nal

(Euromonito­r) menjelaska­n, China kekal sebagai negara dengan bandar paling kerap dikunjungi pelancong dunia dengan kelebihan Hong Kong dari segi kedudukan strategik selain perhubunga­n yang kuat dengan tanah besar itu.

Keputusan ‘2017 Top 100 City Destinatio­ns’ yang diperoleh daripada laporan penyelidik­an Euromonito­r menunjukka­n wilayah Asia itu berjaya menarik lebih 26 juta pelancong, tahun lalu - angka yang diramal meningkat kepada 44 juta menjelang 2025.

Di tempat kedua, dengan 21.25 juta pengunjung pada 2016 dan pertumbuha­n tahunan mencecah hampir 10 peratus adalah Bangkok.

Kota Fesyen

Ibu kota saingannya, London kali ini sekadar di tempat ketiga dengan 19 juta pelancong pada 2016 dan 19.8 juta diramal pada tahun ini.

Singapura menduduki tempat keempat dengan 16.6 juta juta pelancong tahun lalu dan 17.6 juta dijangka tahun ini.

Sebuah lagi bandar raya di Asia, Macau menduduki kedudukan kelima dengan 15.39 juta pelancong tahun lalu dan 16.3 juta diramal pada 2017.

Mewakili blok Asia Barat dan Afrika, Dubai meraih 11.2 peratus pertumbuha­n dengan jangkaan 17 juta pelancong tahun ini berada di kedudukan keenam.

Kota Fesyen, Paris berada di kedudukan ketujuh dengan 14.39 juta pada 2016 dan dijangka menerima 14.26 juta pelancong tahun ini, susut 0.9 peratus berbanding tahun lalu.

New York dengan 12.65 juta pelancong, tahun ini berada pada kedudukan kelapan pada 2016 dan dijangka menerima 13.1 juta pengunjung tahun ini dengan pertumbuha­n sebanyak 3.6 peratus.

Shenzen jadi tarikan

Sebuah lagi kota di China, Shenzen selesa di kedudukan ke sembilan dengan 12.57 juta pelancong asing tahun lalu dan dijangka menerima 12.96 juta pelancong tahun ini, mencatat pertumbuha­n sebanyak 3 peratus.

Kuala Lumpur pula berada di kedudukan ke-10 daripada 100 destinasi bandar teratas yang paling ramai dikunjungi pelancong asing pada tahun ini. Ibu negara Malaysia menewaskan Rome di Itali dan Tokyo (Jepun), yang masingmasi­ng berada di kedudukan 12 dan 13.

Kunjungan pelancong ke Kuala Lumpur dijangkaka­n seramai 12.8 juta orang pada tahun ini berbanding 12.29 juta orang pada tahun lalu.

 ??  ?? 1 Singapura: 16.6 juta 2016; 17.6 juta 2017 (naik 3.4 peratus). Hong Kong: 26.55 juta pelancong asing pada 2016; 25.7 juta diramal pada 2017 (susut 3.2 peratus). 4
1 Singapura: 16.6 juta 2016; 17.6 juta 2017 (naik 3.4 peratus). Hong Kong: 26.55 juta pelancong asing pada 2016; 25.7 juta diramal pada 2017 (susut 3.2 peratus). 4
 ??  ?? Bangkok: 21.25 juta (2016); 23.27 juta (2017) (naik 9.5 peratus). London: 19.19 juta 2016; 19.8 juta 2017 (naik 3.4 peratus). 3 2
Bangkok: 21.25 juta (2016); 23.27 juta (2017) (naik 9.5 peratus). London: 19.19 juta 2016; 19.8 juta 2017 (naik 3.4 peratus). 3 2
 ??  ?? Macau: 15.39 juta 2016; 16.3 juta 2017 (naik 5.9 peratus). 5
Macau: 15.39 juta 2016; 16.3 juta 2017 (naik 5.9 peratus). 5
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia