Berita Harian

Pasangan berkuasa lebih disegani

Berdepan cabaran besar pertahan kerjaya, rumah tangga ditambah jika miliki anak

-

Tiada siapa menyangkal kedudukan George Clooney sebagai aktor paling berjaya di Hollywood.

Namun, statusnya meningkat ke satu tahap lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan peguam hak asasi antarabang­sa, Amal Alamuddin.

Bersama wanita itu yang dikagumi kerana kebolehann­ya mengendali­kan undang-undang awam dan hak asasi manusia termasuk kes profil tinggi membabitka­n pengasas Wikileaks, Julian Assange, aktor berkenaan lebih dipandang tinggi.

Ia sekali gus menerbitka­n istilah pasangan berkuasa yang diterjemah­kan menerusi perkahwina­n individu memiliki kerjaya cemerlang dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kajian menunjukka­n, kira-kira 48 peratus pasangan berkahwin di Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh, memiliki pendapatan masingmasi­ng berbanding hanya 25 peratus pada 1960. Peratusan itu meningkat kepada 61 peratus sekiranya pasangan berkenaan mempunyai anak.

Kongsi pendapatan

Di United Kingdom (UK), dua pertiga daripada dua isi rumah dewasa memiliki perkongsia­n pendapatan. Sementara, di Denmark dan Sweden, hampir 70 peratus pasangan memiliki anak mempunyai pendapatan. Di Chile, peratusann­ya mencecah 40 peratus sebaliknya, Mexico hanya 20 peratus.

Begitupun, dalam pada banyak kelebihan dinikmati pasangan bekerjaya termasuk menambah pendapatan keluarga, mereka berdepan cabaran besar dalam mempertaha­nkan kerjaya dan rumah tangga dan ia semakin sukar jika pasangan memiliki anak.

Dalam kajian Pew pada 2015, misalnya, mendedahka­n sejumlah 42 peratus pasangan berkenaan jarang dapat meluangkan masa bersama.

Menerusi temubual pakar sosiologi dari Universiti Minnesota, Phyllis Moen bersama ratusan pasangan yang masing-masing bekerja, mendapati masalah mula timbul sekiranya salah seorang daripada pasangan terlalu komited dengan kerjaya mereka.

 ??  ?? Clooney dan Amal dianggap pasangan paling berkuasa dan dikagumi.
Clooney dan Amal dianggap pasangan paling berkuasa dan dikagumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia