Berita Harian

Rempah asli bangkit keenakan sate

Ramuan terbaik Satay Warisan Tok Bah janji aroma dan rasa menyelerak­an

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Sejak kecil lagi, Tok Bah suka makan sate. Pantang dengar ada tempat baharu menjual sate, pasti Tok Bah akan menikmati makanan berkenaan.

Bagi Tok Bah atau nama sebenarnya, Mohd Isa Mohd Saidi, 56, makanan tradisiona­l masyarakat Melayu dan berasal dari Indonesia turut digemari bangsa lain terutama kaum Cina serta India, sekali gus menyediaka­n skop atau peluang perniagaan yang luas.

Beliau berpendapa­t, sate yang asalnya diusahakan pedagang Jawa apabila menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad ke-19, mampu pergi jauh sekiranya diusahakan secara komersial.

Justeru, Tok Bah mengusahak­an Restoran Satay Warisan resipi asli Tok Bah sejak tahun 2012. Namun, sebelum itu beliau sekeluarga menceburi bidang perniagaan makanan lebih dua dekad lalu dengan mengusahak­an restoran menjual nasi campur di Cheras, Kuala Lumpur.

Tok Bah peminat sate, malah mereka sekeluarga suka makan sate. Sate boleh pergi jauh kerana digemari semua bangsa. Akhirnya selepas menimba pengalaman berniaga kedai nasi campur, beliau membuka restoran yang turut menjual sate.

Ingat sate, ingat Tok Bah

“Sebelum ini, ramai peniaga menjual sate, justeru saya harus memberi kelainan kepada sate yang dijual di Restoran Satay Warisan resipi asli Tok Bah supaya apabila orang makan, pelanggan ingat sate kami dan datang berkali-kali membawa lebih ramai kenalan.

“Setiap kali saya ke restoran menjual sate, saya akan menambah baik keenakanny­a apabila menyediaka­n sate sendiri. Bagi saya, yang membezakan sate ialah ramuan yang digunakan. Restoran kami menggunaka­n ramuan asli yang saya buat sendiri.

“Kami menggunaka­n rempah ratus istimewa menyaluti sate berkenaan, hingga terhasilny­a perisa atau aroma istimewa yang hanya ada di restoran kami.

Sate kami mempunyai perisa rempah ratus yang tulen. Kami menghasilk­an resipi sendiri agar menjadi warisan kepada anak dan cucu,” kata Tok Bah.

Benar apa yang diperkatak­an oleh Tok Bah. Penulis sendiri terpesona dengan keenakan rasa sate resipi asli Tok Bah. Banyak kali penulis makan sate di merata tempat, namun kali pertama menikmati sate Tok Bah, terus terang penulis katakan, Restoran Satay Warisan mempunyai sate yang luar biasa sedap, amat terasa rempah ratusnya setiap kali anda menggigit kepingan demi kepingan daging daripada lidi!

Sate perut memang hebat

Tapi penulis paling suka sate perut, rasanya sangat hebat. Bukan sekadar omong kosong, cubalah sendiri dan nilai keenakanny­a.

“Selepas sate disalut dengan rempah ratus, terus simpan dalam peti sejuk beku dan dibakar pada hari sama untuk memelihara rasa dan kualitinya,” tambah Tok Bah lagi.

Selain sate, Restoran Satay Warisan turut menjual makanan istimewa lain iaitu Nasi Lemak Nek Ma resipi asli Nek Ma yang diusahakan isteri Tok Bah,

Mahani Othman, 55. Akui Tok

Bah, isterinya menyediaka­n resipi istimewa untuk menghasilk­an sambal nasi lemak supaya lain daripada yang lain. Penulis paling suka nasi lemak sotong dan paru, pejam mata nikmati kelazatann­ya!

Bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan, Restoran Satay Warisan turut menyediaka­n menu sampingan seperti nasi ayam penyet , nasi pecel lele, laksa dan lontong. Manakala waktu operasi restoran berkenaan mulai jam 8 pagi hingga 1 pagi. Cawangan lain terletak di Bukit Antarabang­sa, Ampang dan Damansara

Perdana, Petaling Jaya.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL-SHAFIQ / BH ] ?? Tok Bah sedang membakar sate di restoran cawangan Ampang Point.
[ FOTO ZUNNUR AL-SHAFIQ / BH ] Tok Bah sedang membakar sate di restoran cawangan Ampang Point.
 ??  ?? Nasi lemak ayam rendang.
Nasi lemak ayam rendang.
 ??  ?? Nasi pecel lele.
Nasi pecel lele.
 ??  ?? Saddam dan Nek Ma menunjukka­n sebahagian menu popular yang menjadi pilihan pelanggan.
Saddam dan Nek Ma menunjukka­n sebahagian menu popular yang menjadi pilihan pelanggan.
 ??  ?? Nek Ma memastikan lauk-pauknya sentiasa segar dan sedap.
Nek Ma memastikan lauk-pauknya sentiasa segar dan sedap.
 ??  ?? Sebahagian pelanggan di Restoran Satay Warisan.
Sebahagian pelanggan di Restoran Satay Warisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia