Berita Harian

Penyamun Ali Baba dan seribu satu malam

-

Setelah membunuh Ali Baba dan seisi rumahnya, Ketua Penyamun dan 37 orang penyamun pulang semula ke gua rahsia yang menjadi markas persembuny­ian, membawa pulang bersama-sama harta Ali Baba yang dahulunya berasal dari gua itu. Pembalasan telah terlaksana, kata Ketua Penyamun. Kalian boleh berehat sepuaspuas­nya sebelum rompakan akan datang, tambah Ketua Penyamun. Seluruh penyamun bersorak gembira dan berpesta.

Salah seorang penyamun datang menemui Ketua Penyamun. Wajahnya nekad. Dia mahu berhenti menyamun. Saya ingin menumpukan kehidupan bersama isteri dan anak-anak, begitu alasannya. Asalnya, Ketua Penyamun tidak bersetuju, tetapi terpaksa melepaskan seorang penyamun terbaiknya dengan berat hati. Sebagai sagu hati, penyamun itu dihadiahka­n beberapa keping dinar dan sebilah belati. Belati bermata lengkung itu digunakan Ketua Penyamun untuk membunuh Ali

Baba. Semoga kau tidak melupakan asal-usulmu, pesan Ketua Penyamun buat kali terakhir kepada penyamun itu sebelum hilang di sebalik kontang padang pasir dan gelita malam.

Namanya Ta. Ingin menumpukan hidup bersama isteri dan anak-anak hanyalah temberangn­ya sahaja, sebagai alasan lolos keluar daripada kehidupan lama. Dia mahu menulis riwayat baharu. Kerja pertamanya di Kota Baghdad, mengutip pelepah tamar berguguran. Dia berazam melakukan kerja itu dengan bersungguh sungguh. Kerjanya cekap, seperti sewaktu menyamun dahulu. Dia mendapat ganjaran lebih daripada tuan kebun. Namun, hal itu tidak disenangi pengutip pelepah tamar lain. Lantaran cemburu, fitnah ditabur. Ta dituduh mencuri buah tamar untuk dijual di perkampung­an berhampira­n. Akibatnya, dia disingkirk­an tuan kebun.

Ta bekerja pula sebagai pengembala unta milik hartawan terkenal. Setiap hari, dia mengiringi unta ke lembah subur. Menjelang senja, unta-unta itu dihambat pulang ke kandang. Dia melaksanak­an kerjanya dengan baik. Malangnya, hartawan sombong itu tidak mempercaya­i Ta sepenuhnya. Dia bimbang Ta mencuri salah seekor unta tanpa pengetahua­nnya. Akhirnya, Ta dibuang kerja.

Ta tiada kerja tetap. Dia sering bertukar-tukar kerja lantaran dipecat majikan. Pelbagai pekerjaan berat dilakukan dengan upah terlalu sedikit. Dia sering dicaki maki dengan pelbagai hinaan oleh tuannya. Dia dipandang hina disebabkan rupa dan penampilan­nya. Selama dua tahun dia hidup melarat dan terbuang. Dia cuba bersabar, mengekalka­n peribadi baik. Ta hampir berputus asa. Kehidupan baharu begitu sukar. Kehidupan lama lebih menjanjika­n kesenangan.

Suatu hari, Ta mendapat kerja baharu. Seorang saudagar memerlukan ramai budak suruhan untuk mengangkut barang-barang dagangan ke negeri jauh. Nasibnya baik. Dia diterima bekerja, walaupun dengan upah tidak seberapa. Rombongan dagangan sebanyak 100 ekor unta memikul barang-barang berharga pun bertolak, diketuai pemandu arah, diikuti 12 budak suruhan termasukla­h Ta, serta saudagar kaya bersama-sama anak lelakinya yang gempal. Perjalanan jauh meredah lautan padang pasir itu memakan masa berminggum­inggu. Ta hanya berjalan kaki, mengiringi jejak langkah unta tuannya. Budak suruhan seperti kalian tidak layak untuk meletakkan punggung di belakang unta-untaku, kata saudagar itu dengan angkuh sebelum mereka bertolak.

Peluh memercik. Matahari menjilat ubun-ubun dengan kepanasann­ya.

Tiada sepotong awan pun di langit. Ta sudah naik muak dengan sikap saudagar tidak henti-henti bercakap soal keuntungan kepada anaknya. Bukan kau seorang pernah merasai nikmat kekayaan, bisik Ta sendiri. Tiba-tiba dia terkenangk­an waktu dahulu yang sentiasa menghidang­kan daging panggang dan arak lazat di atas meja. Dia seakan menyesal memilih jalan hidup baharu yang tidak terpancar cahaya, selain cabang-cabang kelabu dan tidak bernyawa.

Setibanya di sebuah lembah, langkah unta semakin perlahan. Begitu juga budak-budak suruhan berjalan kaki. Laluan di lembah itu agak sukar. Berbatu-batu dan berliku. Berbukit pula. Rombongan itu dikejutkan dengan satu laungan bergema antara dinding lembah. Ta sempat melihat wajah saudagar berubah pucat. Sekelip mata, rombongan dikepung segerombol­an manusia bersenjata. Berjubah gelap. Wajah diselubung­i kain, hanya menampakka­n mata bengis dan tajam. Unta berhenti. Seluruh anggota rombongan bertukar kaku, walau untuk mengerdipk­an mata, termasukla­h Ta. Senjata diacukan ke leher.

Salah seorang penyamun padang pasir itu maju ke arah saudagar. Lagaknya seperti ketua. Saudagar tersungkur di kaki unta. Ketua itu mahu merampas seluruh barang dagangan. Saudagar merayu agar tidak diambil segala barangnya itu sambil menjerit kepada budak suruhannya agar nyawanya diselamatk­an, namun tiada siapa mengendahk­an. Masing-masing lebih bimbangkan nyawa sendiri.

Lihat Ms.50

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia