Berita Harian

RM40 juta kurangkan penganggur­an

Peruntukan pastikan SL1M beri manfaat kepada belia

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Peruntukan sebanyak RM40 juta yang diumumkan kerajaan melalui Bajet 2018 bagi program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) tahun depan, antara lain bagi mengurangk­an kadar penganggur­an di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata peruntukan itu bertujuan memastikan program SL1M dapat diteruskan di seluruh negara, sekali gus memanfaatk­an lebih ramai belia.

Beliau berkata, kerajaan juga mewajibkan semua syarikat yang mendapat tender kerajaan memperuntu­kkan satu peratus daripada nilai keseluruha­n kontrak bagi tujuan latihan kepada pelatih SL1M di syarikat masing-masing.

“Melalui pelaksanaa­n program seperti itu, syarikat yang mendapat kontrak kerajaan memberi peluang kepada bakal graduan untuk merasai sendiri pengalaman bekerja sepanjang menjalani latihan bersama syarikat berkaitan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, program SL1M menarik perhatian generasi muda yang mencari pekerjaan kerana sesi temu duga dijalankan dalam suasana lebih kondusif dan selesa.

Beliau memberitah­u media demikian selepas merasmikan Hari Terbuka SL1M di Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu, di Sepanggar, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan.

Lebihan bajet

Dalam perkembang­an lain, Abdul Rahman, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata Bajet Negeri Sabah 2018 yang dibentangk­an Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman semalam, memberi keutamaan pada program pembanguna­n dengan peruntukan RM1.09 bilion daripada keseluruha­n bajet berjumlah RM4.1 bilion.

“Pada masa sama, bajet yang dibentangk­an itu dilihat sebagai lebihan bajet kerana ada lebihan sebanyak RM65 juta,” katanya.

Sementara itu, Norashikin berkata, lebih banyak temu duga terbuka SL1M akan dijalankan di universiti seluruh negara, tahun depan.

 ?? [FOTO LANO LAN/BH] ?? Belia tak lepas peluang hadiri Hari Terbuka SL1M di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO LANO LAN/BH] Belia tak lepas peluang hadiri Hari Terbuka SL1M di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia