Berita Harian

Hiasan dalaman inspirasi rekaan terbaharu Looi

Corak abstrak dihasilkan sendiri jadikan koleksi sedia pakai eksklusif

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Dekorasi dan ruang kediaman, diangkat sebagai inspirasi koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi, dikenali sebagai ‘The Interiors’.

Katanya, idea itu diterjemah­kan menerusi potongan longgar dan berlapis, selain motif abstrak sebagai tunjang rekaan.

Perincian pada bahagian tertentu seperti leher dan lengan menambahka­n gaya mewah dalam persalinan berkenaan.

“Paling ketara koleksi ini ialah fabriknya. Saya menggunaka­n teknik cetak digital, bagi menghasilk­an corak lebih kemas dan menarik, manakala potongan longgar dan tidak keterlalua­n, menjadi kegemaran bagi kebanyakan wanita dalam segmen pakaian sedia pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis minum petang dan pertunjuka­n fesyen di Galeri Jualan Rumah, Astoria Ampang, di sini.

Acara turut dimanfaat Looi untuk menampilka­n Koleksi Percutian yang dinamakan Minum petang di Shanghai.

Sebanyak 20 koleksi sedia pakai ditampilka­n untuk keduadua koleksi berkenaan.

Menariknya mengenai pertunjuka­n fesyen yang diadakan di galeri rumah itu ialah ia diadakan selama empat hari berturuttu­rut bermula Jumaat lalu.

Jalin pelbagai kerjasama

Looi, Graduan La Salle School of Fashion di Kanada, pernah menyertai kumpulan produksi pentas di Malaysia dan produksi televisyen juga filem di Kanada.

Selain minatnya dalam mereka kostum, beliau giat bekerjasam­a dengan pemuzik.

Dalam dunia seni, beliau terbabit dengan kerja rekaan pentas.

Antara produk Melinda Looi ialah Melinda Looi Couture, Melinda Looi Pretaporte­r, MELL, MELL BASICS dan emel by Melinda Looi yang hasilkan mengikut segmen pelanggann­ya seperti pakaian tempah, ranggi atau pakaian sopan.

Selama lebih 20 tahun menjadi pereka fesyen, beliau turut aktif menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan perniagaan lain seperti Levi‘s, Swarovski, TUMI dan sebagainya.

Selain menampilka­n pertunjuka­n fesyen daripada Melinda Looi, acara petang itu turut dihidangka­n dengan pameran jenis rumah ditawarkan Astoria Ampang, produk perapi diri mewah, La Mer dan produk perkakasan rumah oleh Visionary.

Cabang perniagaan baharu

Kata Looi, menambah eksklusif koleksi The Interiors itu ialah corak abstraknya adalah karya lukisan beliau sendiri.

Mengenai cetusan idea menampilka­n The Interiors, beliau berkata, ia sebenarnya sebagai memberi petanda awal kepada orang ramai mengenai cabang perniagaan baharu, yang akan diterokain­ya dalam masa terdekat ialah hiasan dalaman.

“Saya kini berjinakji­nak dalam dunia rekaan dalaman. Pada pandangan saya untuk terus kekal dalam industri, kita tidak boleh hanya bergantung kepada rekaan fesyen.

“Perlu berani mencuba sesuatu yang baharu kepada saya ialah hiasan dalaman. Sukar menjangkak­an apa yang bakal berlaku, tetapi saya berharap buah tangan saya ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai,” katanya.

Looi turut diberi tanggungja­wab menghias ruang acara hari itu, dengan sofa dan permaidani ilham beliau sendiri.

“Saya sukakan keceriaan ruang, sebab itulah apa yang anda lihat pada sarung sofa dan bantal hiasannya sangat ceria,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] ?? Looi (tengah) bersama model yang memperagak­an koleksi pakaian ciptaannya pada majlis minum petang dan pertunjuka­n fesyen di Galeri Jualan Rumah, Astoria Ampang, Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] Looi (tengah) bersama model yang memperagak­an koleksi pakaian ciptaannya pada majlis minum petang dan pertunjuka­n fesyen di Galeri Jualan Rumah, Astoria Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia