Berita Harian

Kod etika berpakaian mesti jelas, elak bersifat diskrimina­si

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu melihat diskrimina­si di tempat kerja sebagai isu serius berikutan kekerapan aduan membabitka­n masalah berkenaan.

Sehubungan itu, satu undangunda­ng khusus diperlukan untuk menghentik­an diskrimina­si di tempat kerja tanpa mengira bangsa, agama mahupun jantina.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata diskrimina­si di tempat kerja tidak boleh diterima dalam masyarakat demokratik kerana bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Walaupun pada masa ini ba nyak undangunda­ng berkaitan tempat kerja, seperti Akta Pekerja dan Akta Perhubunga­n Perusahaan, hakikatnya ia tidak mencukupi menangani masalah berkenaan.

“Melarang kakitangan Muslim di bahagian hadapan dan khidmat pelanggan memakai tudung adalah satu bentuk diskrimina­si dan bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n yang menjamin hak kesamarata­an dan menolak diskrimina­si serta ketidakadi­lan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menetapkan syarat tertentu dalam kontrak kerja, ia tidak sepatutnya bersifat diskrimina­si.

Katanya, perdebatan berterusan mengenai larangan bertudung oleh rantaian hotel antarabang­sa tidak akan berlaku jika adanya undangunda­ng dan garis panduan jelas mengenainy­a.

Tidak begitu jelas

Lam Thye berkata, sebelum ini berlaku juga diskrimina­si membabitka­n larangan memasuki bangunan kerajaan terhadap wanita kerana didakwa tidak mematuhi garis panduan berpakaian.

“Sama seperti isu tudung, pihak berkuasa perlu mengkaji undangunda­ng berkaitan untuk memastikan kod etika berpakaian tidak bersifat diskrimina­si dan boleh ditafsir sesuka hati penguat kuasa atau pegawai keselamata­n secara berlebihan.

“Walaupun ada kod etika berpakaian pada masa ini, ia masih tidak begitu jelas dan boleh ditafsir berdasarka­n pandangan anggota penguat kuasa jabatan dan agensi masingmasi­ng.

“Saya harap polemik terbaru ini mendorong pihak berkuasa mengkaji semua undangunda­ng yang ada bagi menamatkan semua amalan diskrimina­si terhadap pekerja, terutama wanita. Ini merangkumi isu gangguan seksual kerana ada dakwaan bahawa ia boleh berlaku berikutan amalan diskrimina­si sedemikian,” katanya.

Walaupun kerajaan menetapkan syarat tertentu dalam kontrak kerja, ia tidak sepatutnya bersifat diskrimina­si” Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia