Berita Harian

‘Wak Isa’ paling pantas petik kelapa

Beruk milik Zulkifli muncul juara pertanding­an, jatuhkan 22 biji dalam seminit

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Petik 22 biji kelapa dalam tempoh seminit. Itu ketangkasa­n dan kecekapan dipamerkan seekor beruk dinamakan ‘Wak Isa’ sehingga dipilih juara kategori A iaitu kumpulan beruk besar pada Pertanding­an Beruk Pantas Petik Kelapa di Kampung Alur Wan Syed, di sini, semalam.

Haiwan berusia tujuh tahun itu memenangi hadiah wang tunai , menewaskan 26 beruk dalam kategori sama dari Terengganu dan Kelantan.

Petik 500 biji kelapa sehari

Kemenangan ‘Wak Isa’ itu tidak memeranjat­kan kerana mampu memetik sehingga 500 biji kelapa setiap hari, berbanding beruk lain yang kebiasaann­ya memetik sekitar 200 hingga 300 kelapa sehari.

Pemiliknya, Mohd Zulkifli Mat Idris, 42, dari Bachok, Kelantan, berkata haiwan peliharaan­nya itu yang dibeli pada harga RM2,000 kira-kira dua tahun lalu sudah memasuki tujuh pertanding­an serupa dan pernah beberapa kali mendapat tempat pada pertanding­an.

“Saya mengambil masa seminggu untuk serasi dengan ‘Wak Isa’ yang sudah terlatih untuk memetik kelapa. Ia tidak cerewet dan mudah dijaga. Makanannya setiap hari ialah nasi dan susu, selain kadangkala diberi makan pisang,” katanya.

Saya ambil masa seminggu untuk serasi dengan ‘Wak Isa’ yang sudah terlatih untuk petik kelapa” Mohd Zulkifli Mat Idris, Pemilik Wak Isa

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK /BH] ?? Seorang peserta mengawal seekor beruk miliknya memetik kelapa pada Pertanding­an Beruk Pantas Petik Kelapa di Kampung Alur Wan Syed,
Marang, semalam.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK /BH] Seorang peserta mengawal seekor beruk miliknya memetik kelapa pada Pertanding­an Beruk Pantas Petik Kelapa di Kampung Alur Wan Syed, Marang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia