Berita Harian

Filem paling seram

Pengarah dedah pengalaman menakutkan ketika hasilkan Pengabdi Setan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Dilabelkan sebagai filem paling seram di Indonesia pada era ini, selain catatan jumlah penonton paling ramai, iaitu 4.2 juta orang, ia membuatkan filem Pengabdi Setan cukup dinantikan kehadirann­ya.

Menonton sedutannya saja, ia sudah mampu membuatkan bulu roma berdiri, apatah lagi apabila menyaksika­n keseluruha­n filem arahan Joko Anwar berkenaan.

Berdasarka­n komen netizen yang sudah pun menonton filem terbabit sebelum ini, rata-rata mereka memuji hasil kerja sutradara tersohor itu. Kata mereka, karya yang diadaptasi­kan daripada filem seram 80-an itu memang menakutkan sehingga membuatkan masing-masing tidak senang duduk di kerusi dan pawagam pula acap kali bergema dengan jeritan khalayak.

Namun begitu, ada perkara lain yang lebih menakutkan mengenai filem terbabit. Ketika majlis pratontonn­ya diadakan di ibu kota, baru-baru ini, Joko mendedahka­n rahsia yang belum pernah diceritaka­n kepada sesiapa. Katanya, dia sendiri terkejut apabila ada tetamu tidak diundang turut membintang­i filem arahannya itu.

“Kalau anda semua perasan, babak ketika Rini bertemu bapanya di bilik ibu, ada kelibat di cermin almari mereka. Kelibat itulah yang secara tidak sengaja dapat kami rakamkan.

“Selain itu, pada babak mayat hidup yang ditonjolka­n pula, jumlahnya melebihi daripada apa yang sepatutnya. Apabila kami lihat kembali visual terbabit, memang jumlahnya bertambah satu. Kami sendiri tidak tahu dari mana datangnya. Inilah kali pertama kami menceritak­an mengenainy­a kepada penonton

Pengabdi Setan di Malaysia. Media dan penonton di Indonesia langsung tidak tahu mengenai kisah menakutkan ini,” dedah Joko pada sidang media, kemudianny­a.

Hadir sama pada acara itu ialah pelakon utama filem terbabit, Tara Basro dan Dimas Adiyta.

Dialog seram muncul tiba-tiba

Tambah Joko, kejadian seram yang mereka alami tidak terhenti setakat itu apabila ada gangguan berlaku tatkala proses pasca produksi dilakukan.

“Ketika proses memasukkan sari kata berlangsun­g, tiba-tiba muncul ayat berbunyi ‘then I’ll give

you’. Banyak kali juga ia muncul sehingga kami terpaksa memadamnya satu demi satu. Apakah ia satu petanda atau mesej daripada entiti berkenaan?” soalnya sambil ketawa.

Menjawab pertanyaan mengapa dalam banyak filem seram di Indonesia, Pengabdi Setan menjadi pilihannya untuk dibikin semula, sutradara berusia 41 tahun itu mengakui begitu menyukai filem berkenaan.

“Bagi saya, itulah filem paling seram yang pernah saya tonton. Selepas menontonny­a, walaupun pada waktu siang, saya masih terbayang-bayang setiap babak dipaparkan dan ia membuatkan saya trauma. Saya sering berdoa supaya malam tidak menjelang disebabkan terlalu takut. Keesokan harinya, saya akan menontonny­a kembali dan berdoa perkara yang sama.

Tarikan rumah usang

“Walaupun banyak perkara seram berlaku sepanjang penggambar­an berlangsun­g, kami tetap seronok menghasilk­an filem ini,” katanya yang sanggup menunggu selama 10 tahun sebelum diberi keizinan untuk membikin semula filem terbabit.

Menyambung cerita, pengarah itu turut berkongsi pengalaman mengenai cabaran terpaksa dihadapi pasukan produksi untuk mencari rumah yang sesuai bagi dijadikan lokasi penggambar­an naskhah berkenaan.

“Pencarian kami berakhir apabila menemui sebuah rumah dengan keadaannya sama seperti apa yang saya gambarkan dalam skrip. Cuma, rumah itu terlalu usang.

“Sebaik saja kami membuka pintu rumah terbabit, kelawar berterbang­an keluar dan hampir terkena muka kami. Selepas melihat keadaan rumah itu, kami memutuskan untuk mencari rumah yang baharu.

“Bagaimanap­un, rumah usang itu seperti memanggil kami untuk kembali ke sana. Akhirnya, saya buat keputusan untuk memilih rumah berkenaan. Begitupun, kami perlu membuat pengubahsu­aian dan ia mengambil masa selama sembilan hari untuk siap, dengan bantuan tenaga produksi yang sangat rajin,” kata Joko.

Tara seronok berlakon dengan Bront

Sementara itu, Tara berkata, walaupun filem berkenaan sangat mencabar, beliau teruja kerana dapat menimba pengalaman berharga.

“Bayangkan, setiap hari kami perlu menghabisk­an 25 babak dan tempoh penggambar­an adalah 18 hari. Memang mencabar, tetapi kami seronok melakukann­ya.

“Berlakon dengan Bront (Palarae) juga sangat mengujakan. Walaupun saya dan dirinya pernah berlakon dalam siri Halfworld, tetapi tiada babak bersama.

“Sekurang-kurangnya dalam

Bagi saya, itulah filem paling seram yang pernah saya tonton. Selepas menontonny­a, walaupun pada waktu siang, saya masih terbayang-bayang setiap babak dipaparkan dan ia membuatkan saya trauma” Joko Anwar, Pengarah

filem ini saya dapat melihat bagaimana cara bekerja seorang pelakon dari luar. Kami juga banyak berkongsi ilmu dan detik manis bersama,” katanya yang memegang watak sebagai Rini, iaitu anak sulung kepada Bapak lakonan Bront.

Cara bekerja berbeza

Dimas yang julung kali berlakon di bawah arahan Joko pula mengaku terkejut dengan cara lelaki itu bekerja.

“Selalunya, sebelum memulakan sesuatu babak, sutradara akan menyebut perkataan action, tetapi tidak Joko. Dia akan meminta kami berlakon dan membiarkan kami melakukan apa saja, tanpa berkata apa-apa. Kadang-kadang sampai 15 minit dan baru dia akan bagi isyarat supaya kami berhenti.

“Pada awalnya saya tidak faham mengapa dia berbuat demikian, tetapi lama-kelamaan baru saya mengerti. Dia mahu beri kami peluang untuk lebih menghayati dan meneroka karakter terbabit dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Trauma dengar bunyi loceng

Bakal menemui penonton Malaysia mulai 23 November ini, Pengabdi

Setan mengetenga­hkan cerita mengenai amalan memuja syaitan bagi mendapatka­n sesuatu hajat.

Usah mengharapk­an filem ini sama seperti naskhah yang pertama kerana menurut Joko, beliau hanya mengambil 15 peratus inti pati filem asal untuk dimuatkan dalam karya arahannya.

Kejayaan filem ini banyak disokong dengan gerak kerja kamera yang menarik, lakonan mantap dan kesan bunyi mengesanka­n, termasuk pemilihan lagu latar.

Sehingga kini, setiap kali terdengar lagu Kelam Malam, bulu roma akan meremang, seolah-olah watak hantu, iaitu ibu, ada di sisi.

Tidak mustahil, selepas menonton filem ini, dada penonton akan berdegup kencang dan trauma apabila mendengar bunyi loceng. Selamat menjerit di pawagam.

Berlakon dengan Bront (Palarae) juga sangat mengujakan. Walaupun sayadan dirinya pernah berlakon dalam siri Halfworld, tiada babak bersama” Tara Basro, Pelakon

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] ?? Joko (kanan), Tara dan Dimas ketika memeriahka­n majlis pratonton filem Pengabdi Setan di ibu negara, baru-baru ini.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] Joko (kanan), Tara dan Dimas ketika memeriahka­n majlis pratonton filem Pengabdi Setan di ibu negara, baru-baru ini.
 ??  ?? Rumah usang yang menjadi lokasi filem Pengabdi Setan.
Rumah usang yang menjadi lokasi filem Pengabdi Setan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Babak mencemaska­n lakonan Bront (kiri) dan Tara (kanan).
Babak mencemaska­n lakonan Bront (kiri) dan Tara (kanan).
 ??  ?? Antara babak seram dalam filem Pengabdi Setan.
Antara babak seram dalam filem Pengabdi Setan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia