Berita Harian

Dynas temui lelaki pembimbing

Impian pelakon Tombiruo terlaksana, berazam jadi isteri, wanita lebih baik

- Oleh Zaidi Mohamad

Kedua-duanya sudah saling mengenali ketika Dynas berusia 17 tahun lagi. Tujuh belas tahun kemudian, lelaki bujang yang kini bergelar usahawan bakal menjadi imam dalam hidup pelakon wanita terbabit.

Begitulah yang dikatakan jodoh. Bermula sebagai kenalan, malah Dynas sendiri pernah mendirikan rumah tangga, selain mempunyai dua cahaya mata bersama bekas suami, Mohd Hafizi Mohamed, kini beliau dan teruna dikenali sebagai Shazrik Din menghitung hari untuk diikat sebagai suami isteri.

Mula intim sejak tiga tahun lalu, Dynas mengaku beliau sememangny­a mencari lelaki yang mampu membimbing­nya menjadi insan lebih baik andainya ditemukan jodoh sekali lagi.

Tunduk pada suami

Justeru, apabila Shazrik yang dianggapny­a memiliki begitu banyak ciri positif hadir ke dalam hidupnya, sudah tentu artis wanita berusia 34 tahun ini berasakan impiannya itu bagai terlaksana.

“Sememangny­a menjadi impian indah buat saya andai dapat memiliki seseorang yang dapat mengubah diri ini menjadi lebih baik.

“Saya akui, saya seorang wanita yang memerlukan insan cukup berdisipli­n dalam membantu saya memperbaik­i sahsiah diri. Maklum saja, saya seorang yang bercakap dan berfikir mengikut apa yang saya rasakan betul. Saya jenis wanita yang berdikari. Jadi, saya memerlukan seorang yang dilihat lebih berpengaru­h untuk membimbing saya.

“Berbalik kepada hakikat hidup manusia dan kehidupan berumah tangga, sejauh mana berdikari atau moden diri ini, kita tetap mahu ada orang yang dapat membimbing. Tetap akan ada ketua keluarga yang menerajui isi rumah. Tidak kiralah betapa besar gaji si isteri, di rumah dia tetap akan tunduk kepada lelaki yang bernama suami,” katanya.

Menurut Dynas, beliau dapat melihat ciri berkenaan dalam diri lelaki yang menjadi tunangnya sejak Oktober lalu itu.

“Malah, saya sendiri juga sudah mula melakukan kerja rumah, sekalipun sibuk dengan pelbagai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia