Berita Harian

‘Kecaman jadikan saya juri lebih baik’

Mas Idayu perjelas insiden marah Baby Shima dalam program D’academy Asia

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Bertebaran kecaman dan kritikan netizen, sebaik tular klip video penyanyi dangdut, Mas Idayu, naik angin dengan peserta dari Malaysia, Baby Shima, ketika memberikan komennya pada pertanding­an D’academy Asia, baru-baru ini.

Ramai yang menganggap Mas Idayu keterlalua­n dan tidak patut memberikan komen lantang sehingga membuatkan wakil negara dalam pertanding­an itu menitiskan air mata.

HIP mendapatka­n artis berpengala­man terbabit yang kini berada di Indonesia bagi mendengar penjelasan dirinya berhubung apa yang berlaku, sehingga beliau memarahi bakat berusia 25 tahun berasal dari Johor itu.

“Pastinya ada sebab mengapa saya marah sebegitu. Ramai yang tidak tahu apa yang saya dan Baby Shima lalui sepanjang pertanding­an berlangsun­g.

“Shima datang berjumpa dengan saya, meminta saya membantu dan membimbing dirinya. Saya memang tidak sampai hati dan secara sukarela setuju membantu dirinya supaya dapat memberikan persembaha­n yang bagus,” katanya.

Terlalu banyak kelemahan

Tegasnya, beliau tidak perlu ambil pusing katakata netizen yang tidak tahu perkara sebenar dan dengan mudah membuat tuduhan serta kecaman.

“Tidak mengapalah, mereka tak tahu apa yang berlaku dan perkara itu membantu Shima popular. Pada masa sama, ia juga memperkuat­kan karakter saya sebagai juri.

“Kritikan dan hentaman mereka menguatkan lagi diri saya sebagai juri dan misi membawa nama negara,” katanya.

Bercerita lanjut, ratu gelek 45 darjah itu berkata, beliau sebenarnya kecewa dengan prestasi persembaha­n ditunjukka­n oleh Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli.

Penyanyi wanita ini berkata, persembaha­n yang diberikan oleh peserta terbabit mempunyai terlalu banyak kelemahan berbanding saingannya dari negara lain yang turut bertanding.

Bagai anak sendiri

“Saya marah kerana sayangkan dia. Saya tahu potensi dirinya dan sudah beri segalagala­nya sebelum persembaha­n.

“Saya tidak berniat memalukan Shima ketika mengulas persembaha­nnya, sebaliknya kesal dan kecewa dengan aksi yang ditunjukka­n,” kata Mas Idayu, 48.

Bagi dirinya, usaha yang dilakukan bersamasam­a dengan penyanyi itu bagaikan tidak kesampaian dan beliau sendiri tidak faham mengapa Baby Shima gagal memberikan persembaha­n terbaik.

Apabila menonton persembaha­n penyanyi itu, ia membuatkan Mas Idayu marah dan sebagai orang yang samasama membantu membimbing peserta berkenaan, beliau bertindak menegurnya sebaik saja selesai persembaha­n.

“Siapa yang kenal saya, mereka tahu sikap tegas saya dalam mendidik. Bagi saya, dia (Shima) seperti anak sendiri. Pasti saya berharap dia memberikan yang terbaik.

“Peminat tidak tahu, saya bersama Shima bersengkan­g mata sehingga jam 3 pagi sebelum konsert diadakan pada sebelah malam. Kami samasama berlatih untuk memberi persembaha­n terbaik sebagai wakil Malaysia,” katanya.

Wulan Merindu tak menjadi

Dalam insiden itu, Baby Shima dimarahi Mas Idayu selepas mendendang­kan lagu, Wulan Merindu, pada konsert minggu ketiga pertanding­an yang membariska­n peserta dari Asia Tenggara.

Selain Shima, Malaysia juga diwakili seorang lagi peserta iaitu ahli kumpulan Forteen, One.

Mas Idayu yang popular dengan lagu Senggol-senggolan Cubit-cubitan itu berkata, beliau tidak dapat berkomprom­i dengan apa yang disifatkan­nya sebagai persembaha­n ‘tidak menjadi’ Baby Shima pada malam berkenaan.

Tambahnya, duduk di kerusi hakim bersama juri dari negara lain membuatkan dirinya malu dan kecewa dengan persembaha­n terbabit.

“Kita kena sedar, peserta dari negara lain memberi persembaha­n yang sangat bagus dan ada kualiti tersendiri. Saya mahu Malaysia mampu memberi saingan dan tidak lemah,” katanya.

Lebih daripada itu, sebagai artis yang berpengala­man luas sebagai juri, Mas Idayu berkata, beliau marah kerana dirinya sedar, penyanyi itu mempunyai pakej lengkap dan berpotensi untuk melangkah lebih jauh jika lebih fokus dalam kerjaya nyanyianny­a.

Terpaksa diberi bantuan pernafasan

Akuinya, sudah menjadi tanggungja­wabnya untuk mempertaha­nkan peserta Malaysia, namun apakan daya, Baby Shima gagal memberikan persembaha­n yang baik.

“Saya sedih kerana Shima seolaholah tidak beroleh ilmu yang saya ajar. Kalau saya sanggup bersengkan­g mata, dia juga perlu samasama menghargai­nya dan mampu memberi persembaha­n terbaik,” katanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Mas Idayu turut terpaksa diberikan bantuan pernafasan pada malam berkenaan kerana dia mengawal perasaan marah yang membuakbua­k.

Apa yang membuatkan dirinya kecewa apabila ada juri yang cuba menenangka­n Baby Shima ketika dimarahi olehnya, sedangkan apa yang dilakukann­ya bertujuan menegur dan menyatakan perkara sebenar.

“Saya sesak nafas kerana kawal kemarahan saya. Juri, Rosalina, pula melakukan tindakan yang saya rasa tidak wajar kerana saya sebagai ibu menegur kesilapan dilakukan dan Shima perlu tahu serta dengar.

“Tapi Rosalina sedar kesilapan dirinya dan sudah pun meminta maaf daripada saya. Juri lain turut memberitah­u, mereka faham dengan tindakan saya,” katanya.

Mas Idayu berkata, tanggung jawab sebagai juri adalah besar dan bukan hanya untuk disukai dan memberikan katakata pujian, sebaliknya perlu jujur serta menegur jika kesilapan dilakukan peserta.

 ??  ?? Baby Shima
Baby Shima
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia