Berita Harian

Murray pecat Lendl kali kedua

-

London: Bintang tenis, Andy Murray mengesahka­n dia memecat jurulatihn­ya, Ivan Lendl buat kali kedua.

Murray dilatih oleh Lendl bermula 2011 hingga 2014, sebelum kembali bergabung pada Jun 2016, dan membantu Murray merangkul kejuaraan Wimbledon keduanya serta pingat emas Olimpik keduanya di Rio, Brazil.

Murray, 30, menamatkan musim 2016 dengan status selaku pemain nombor satu dunia, namun bergelut dengan kecederaan pada tahun ini yang menyaksika­n dia terlepas aksi Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan jatuh ke ranking 16 dunia.

“Saya berterima kasih kepada Ivan untuk bantuan dan tunjuk ajarnya selama ini. Kami meraih pelbagai kejayaan dan banyak belajar sebagai satu pasukan.

Melangkah lebih jauh

“Fokus saya kini adalah untuk bersedia ke Australia dan kembali bertanding,” katanya menerusi laman sesawangny­a.

Lendl meraih 94 gelaran dalam tempoh 16 tahun selaku pemain profesiona­l, termasukla­h lapan gelaran Grand Slam.

Namun, dia tidak pernah memenangi Wimbledon meskipun mara ke final sebanyak dua kali, tetapi berjaya membantu Murray merangkul dua kejuaraan terbabit di All England Club.

“Saya doakan agar Andy akan pergi lebih jauh. Kita menikmati masa yang begitu indah dan seronok,” kata Lendl. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia