Berita Harian

Cook beraksi cemerlang saingan pusingan kedua

-

Miami: Austin Cook membenam birdie pada lubang terakhir untuk melengkapk­an pusingan kedua golf RSM Classic dengan lapan bawah par 62, dan memimpin saingan dengan kelebihan satu pukulan, kelmarin.

Pemain baharu Jelajah PGA berusia 26 tahun itu berjaya mengawal rasa gementarny­a di pusingan terakhir par 70 di lapangan Seaside course, untuk merekodkan keseluruha­n 14 bawah par, kelebihan satu pukulan dengan Brian Gay yang melakukan 64 pada pusingan kedua di Sea Island, Georgia.

Birdie pada lubang ke-18 melengkapk­an satu lagi hari menakjubka­n buat Cook, yang menjadi antara seorang daripada dua pemain di lapangan yang tidak melakukan bogey sepanjang 36 lubang.

“Kami berjaya untuk melakukan pukulan yang amat baik, kepantasan di green juga baik dan peningkata­n dan penurunan juga hebat,” kata Cook.

Kirk tercicir

“Saya memperoleh beberapa putt yang memberi tekanan, tetapi saya berjaya mengatasin­ya. Segala-galanya berjalan dengan amat baik ketika ini,” katanya.

Tiga pemain terikat di tangga ketiga, dengan pemain Taiwan, Pan Cheng-tsung menyertai dua pemain Amerika Syarikat (AS), Chris Kirk dan Vaughn Taylor untuk mengumpul keseluruha­n sembilan bawah par.

Pan melakukan tujuh bawah par 65, manakala Kirk yang mendahului pada hari pertama selepas melakukan 63, mendapati harinya bertambah sukar apabila menyamai par 70. Taylor melakukan empat bawah par 66.

Enam pemain ketinggala­n satu pukulan di belakang mereka dengan lapan bawah par, termasuk pemain Zimbabwe, Brendon de Jonge dan bintang Kanada, Ben Silverman.

De Jonge dan Silverman masingmasi­ng melakukan 67 untuk kekal sebagai antara pencabar.

 ??  ?? Cook dahului saingan dengan kelebihan satu pukulan.
Cook dahului saingan dengan kelebihan satu pukulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia