Berita Harian

Nou Camp ada potensi ditutup

Sorakan berbaur hinaan oleh penyokong Barcelona satu provokasi

-

Presiden La Liga, Javier Tebas menegaskan, penyokong Barcelona bebas bersorak untuk meraikan kemerdekaa­n Catalonia, namun sebarang sorakan yang ‘menghina’ Sepanyol akan membawa kepada penutupan sementara Stadium Nou Camp.

Pelbagai aksi pro-pembebasan semakin berleluasa di stadium terbabit selepas halangan referendum pemisahan Catalonia dari Sepanyol pada 1 Oktober lalu, sekali gus mewujudkan provokasi antara kerajaan Sepanyol dengan wilayah itu.

Badan pengendali liga itu jelas tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan anti-sosial, selepas insiden penyokong Deportivo La Coruna dibunuh penyokong Atletico Madrid sebelum perlawanan dua pasukan itu di ibu kota Madrid pada 2014.

La Liga turut mengeluark­an memo yang menyatakan sebarang sorakan menghina akan dianggap sebagai kesalahan, kerana ia mampu mencetuska­n keganasan yang boleh berlaku di dalam serta di luar stadium.

Salah hina kerajaan

Pasukan juga boleh didenda jika melakukan kesalahan sama secara berulang, dengan pasukan berdepan penutupan stadium jika kesalahan terbabit terus dilakukan.

“Sorakan terhadap kemerdekaa­n tidak dianggap sebagai tindakan yang menghina atau mampu mencetuska­n keganasan,” kata Tebas.

“Namun sorakan seperti ‘Celaka Sepanyol, Catalonia atau Andalusia’ adalah satu kesalahan. Jika persekutua­n Sepanyol melihat sorakan terbabit perlu dihukum dan badan yang terbabit juga bersetuju dengan pendapat itu, liga boleh mengarahka­n Nou Camp supaya ditutup.”

Musim lalu, Sportin Gijon diarahkan menutup sebahagian stadium El Molinon untuk satu perlawanan, sebagai hukuman selepas penyokongn­ya mengeluark­an penghinaan berbaur perkauman terhadap pemain sayap Athletic Bilbao, Inaki Williams.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia