Berita Harian

Dortmund gagal bangkit

-

Berlin: Borussia Dortmund terus dirundung malang apabila tunduk 1-2 di tangan VFB Stuttgart dalam saingan semalam, sekali gus merekodkan kekalahan keempat mereka dalam lima aksi terakhir Bundesliga.

Pasukan yang bermula cemerlang dengan meraih enam kemenangan dalam tujuh aksi awal musim ini kini sudah hilang sentuhan, apabila gagal meraih sebarang kemenangan sejak September.

Situasi itu sekali gus memberi tekanan kepada pengendali­nya, Peter Bosz.

Dortmund yang bakal bertemu Tottenham Hotspur pada aksi Liga Juara Juara, minggu depan kekal di tangga ketiga liga dengan 20 mata dan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich yang memungut 26 mata akan berdepan Augsburg.

Brekalo jadi pemusnah

Pada aksi itu, hantaran ke belakang Marc Bartra dihukum Chardac Akolo yang mudah memberikan gol pembukaan buat Stuttgart seawal minit kelima.

Dortmund kembali menguasai permainan, namun ketiadaan penggempur berbisa mereka, Pierre-emerick Aubameyang yang digantung menyebabka­n mereka gagal menyudahka­n peluang yang terhidang.

Gol penyamaan Dortmund dihasilkan oleh Maximilian Philipp yang meledak masuk bola selepas sepakan penalti Andre Schuerrle ditepis.

Namun, Josip Brekalo mengejutka­n kerapuhan benteng pertahanan Dortmund, apabila meledak gol kemenangan enam minit selepas babak kedua bersambung.

 ??  ?? Aksi Brekalo (kanan) ketika menjaring gol kemenangan Stuttgart menewaskan Borussia Dortmund. Stuttgart menang 2-1
Aksi Brekalo (kanan) ketika menjaring gol kemenangan Stuttgart menewaskan Borussia Dortmund. Stuttgart menang 2-1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia