Berita Harian

Arsenal bangkit

Mustafi, Sanchez bantu The Gunners benam Spurs di Stadim Emirates

-

Arsenal kembali membuka peluang untuk memburu sekurang-kurangnya kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Stadium Emirates, malam tadi.

Dua gol pada babak pertama menerusi Shkodran Mustafi dan Alexis Sanchez sudah cukup untuk skuad kendalian Arsene Wenger meraih tiga mata berharga dan menebus kekecewaan tewas 1-3 kepada pendahulu Manchester City, 5 November lalu.

Kemenangan itu menyaksika­n Arsenal kini mengumpul 22 mata selepas 12 perlawanan dengan tujuh kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.

Kekalahan Spurs pula kali ketiga musim ini selepas tewas 0-1 dan 1-2 kepada Manchester United dan Chelsea.

Lloris tangkas

Spurs dilihat lebih banyak melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol Arsenal pada awal permainan terutama menerusi rembatan Harry Kane pada minit keenam yang berjaya diselamatk­an penjaga gawang Petr Cech.

Percubaan terbaik Spurs hadir pada minit ke-32 menerusi rembatan deras Christian Eriksen yang menggegar tiang gol kanan Arsenal.

Arsenal bagaimanap­un terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Mustafi yang menanduk masuk bola sepakan percuma Mesut Ozil pada minit ke-36.

Selang lima minit kemudian, pintu gol Spurs bolos buat kali kedua apabila Sanchez bijak menyempurn­akan hantaran silang Alexandre Lacazette.

Bintang antarabang­sa Chile itu hampir meledak gol ketiga The Gunners pada minit ke-70, namun percubaann­ya berjaya diselamatk­an penjaga gol, Hugo Lloris.

Anak didik Mauricio Pochettino cuba bangkit pada penghujung permainan, namun gagal memecahkan kebuntuan jaringan hingga wisel penamat.

 ??  ?? Mustafi meraikan jaringan bersama Ozil dan Sanchez di Stadium Emirates, malam tadi.
Mustafi meraikan jaringan bersama Ozil dan Sanchez di Stadium Emirates, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia