Berita Harian

Guardiola yakin City boleh menyinar

-

Manchester: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola tidak mahu rekod cemerlang yang dilakar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini menjadi penghalang untuk pemainnya meletakkan sasaran lebih tinggi.

City kini memenangi 10 daripada 11 perlawanan liga setakat ini, untuk menyamai rekod yang dilakukan Chelsea pada musim 2005-06, dengan menjaringk­an 33 gol, lebih 15 gol berbanding pasukan lain.

Namun Guardiola menegaskan mereka boleh memperagak­an aksi lebih baik selepas ini.

“Ketika saat mereka rasa mereka tidak mampu beraksi dengan baik, detik itulah kita akan jatuh,” kata Guardiola.

“Mereka akan melakukan kesalahan yang besar apabila mereka mudah berasa puas. Tiada apa yang boleh dikatakan apabila kita menganalis­is semua keputusan setakat ini.

Rekod terbaik kelab

“Namun, jika anda melihat semula permainan dan menilai kesilapan yang dilakukan, itulah perkara yang harus dielakkan pada masa akan datang.

City memenangi semua 15 perlawanan dalam semua pertanding­an sejak diikat 1-1 oleh Everton, Ogos lalu, termasukla­h kemenangan menerusi sepakan penalti penentuan ke atas Wolverhamp­ton Wanderers pada aksi Piala Liga.

Bukan sahaja ia menjadi rekod kelab, namun ia juga adalah rekod terbaik yang pernah dicapai oleh kelab EPL dalam sejarah bola sepak.

The Citizens turut meledak 52 gol dalam semua pertanding­an musim, sekali gus menjadi catatan terbaik bagi kelab EPL selepas 17 perlawanan di era Liga Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia