Berita Harian

Klopp kembali sihat

-

London: engurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia berada dalam ‘keadaan terbaik’, meskipun dimasukkan ke hospital awal minggu ini.

Klopp menjalani pemeriksaa­n sebelum dibenarkan keluar Rabu lalu, namun terus kembali bekerja keesokanny­a untuk menyediaka­n Liverpool menentang Southampto­n.

Ini adalah kali kedua Klopp dimasukkan ke hospital di England selepas menjalani pembedahan membuang apendiks, Februari tahun lalu.

“Saya kini berasa lebih baik. Saya sudah berusia 50 tahun sekarang.

Tak gemar diganggu

“Mungkin saya perlu membiasaka­n diri untuk ke hospital kerana sudah dua kali saya dimasukkan ke hospital di sini.

“Perkhidmat­an Kesihatan Kebangsaan (NHS) tidaklah seteruk yang anda fikirkan. Berita baiknya adalah saya tidak sakit.”

Pada masa sama, Klopp juga tidak menggemari tumpuan yang diterimany­a sepanjang tempoh dia berada di dalam wad.

“Ia bukanlah satu bentuk pemasaran. Saya dengar orang menjerit ‘Klopp berada di hospital, kamu ada nampak dia?”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia