Berita Harian

Bola sepak kita masih terkapai-kapai, hambar

-

Liga Malaysia melabuhkan tirainya buat musim 2017 dengan menyaksika­n Johor Darul Takzim FC (JDT) bukan sahaja mengunggul­i Liga Super buat kali ke empat tapi turut berjaya menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya sejak ditubuhkan empat tahun lepas.

Kekalahan 1-4 dalam dua perlawanan berturut-turut di tangan Korea Utara menandakan standard bola sepak kita masih jauh ketinggala­n berbanding dengan negara Asia yang lain.

Tatkala bekas pasukan belasahan, India menunjukka­n peningkata­n yang amat ketara kerana berjaya layak ke pusingan akhir di UAE nanti, Malaysia masih terkapai-kapai mencari titik kebangkita­n yang tidak kunjung tiba.

Ditinggala­kan pasukan Asia Tenggara

Malaysia malah sekali lagi ditinggalk­an oleh pasukan

Asia Tenggara yang lain seperti Thailand yang telah layak antara 24 pasukan akan beraksi di pusingan akhir, Vietnam (layak selepas menjadi naib juara Kumpulan C) dan Filipina yang besar kemungkina­n akan turut layak ke UAE.

Tidak dapat disangkal bahawa Liga M adalah antara yang terbaik di ASEAN. Namun kehebatan liga kita ini tidak seimbang dengan kegagalan pasukan kebangsaan dalam tugasan antarabang­sa.

Soalan yang perlu ditanya ialah, apakah matlamat utama Liga M? Adakah setakat untuk menambah isi kantung Persatuan Bola Sepak Malaysia melalui FMLLP? Atau mungkin sekadar hiburan buat peminat sukan nombor satu negara?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia