Berita Harian

Chong Wei tidak kecewa

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei tidak kecewa biarpun terkandas di suku akhir Terbuka China, semalam.

Sebaliknya, pemain nombor tujuh dunia itu gembira kerana kejayaan mara sehingga ke suku akhir membolehka­n dia mendapat semula keyakinann­ya yang hilang susulan kekalahan di pusingan awal dalam dua kejohanan sebelum ini - Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.

Perkara itu disuarakan Chong Wei kepada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketilka beliau menghubung­inya, semalam.

“Saya ada menghubung­i Chong Wei semalam selepas perlawanan dan bertanyaka­n kepada dia situasinya dalam perlawanan itu. Kalau kita lihat perlawanan itu cukup sengit.

“Apapun, dia memberitah­u saya yang dia gembira kerana sudah mendapat semula keyakinann­ya. Kini, dia fokus untuk menghadapi Terbuka Hong Kong yang bermula Selasa ini dan saya harapkan kejayaan akan memihak dia di sana,” kata Norza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia