Berita Harian

31 kapal bersaing tujuh hari

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Pelabuhan Klang: Sebanyak 31 kapal layar tempatan dan luar negara berentap dalam Kejohanan Regatta Antarabang­sa Raja Muda Selangor (RMSIR) 2017 yang bermula di sini, semalam.

Perlumbaan selama tujuh hari itu akan menuju ke Pulau Pangkor, Perak sebelum ke Pulau Pinang dan dijadual menamatkan saingan di Pulau Langkawi, Sabtu depan.

Perlumbaan tahun ini menampilka­n kategori kelas 1 sehingga 7 dengan peserta turut menyertai pelbagai aktiviti antaranya program sosial selain perlumbaan persisiran pantai sebelum pemenang setiap kelas ditentukan pada akhir perlumbaan.

Dua pasukan wakili Malaysia

“Saya harap semua peserta berhatihat­i dan menikmati perlumbaan kerana kerana perkara paling penting keselamata­n,” kata Setiausaha Kehormat Royal Selangor Yacht Club, Shawn Lee Rathgeber ketika ditemui selepas selesai sesi pelepasan peserta dekat sini, semalam.

RMSIR 2017 turut menggunaka­n sistem pengesan yang digunakan pada penganjura­n perlumbaan terkemuka seperti Rolex Sydney Hobart untuk membekalka­n maklumat keselamata­n sekiranya berlaku kecemasan.

Pada perlumbaan kali ini, Malaysia diwakili dua pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu pasukan Zuhal yang diketuai Mohd Masyuri Rahmat dan Marikh dikendalik­an Jamil Ahmad Urayah, manakala dua lagi pasukan tempatan adalah Virgo dan Vg Offshore.

Zuhal muncul juara Kelas 2 di RMSIR 2016 sekali gus mencipta sejarah selaku pasukan dari Malaysia yang menjulang trofi kemenangan iaitu Piala Jugra, manakala juara Kelas 1 milik Windsikher dari Singapura yang dikendalik­an Sarab Jeet Singh untuk memenangi Piala Raja Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia