Berita Harian

Eain Yow gah di Australia

-

Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas skuasy Sukan SEA 2017, Ng Eain Yow meraih gelaran ketiga kariernya dalam siri Jelajah PSA selepas memenangi Terbuka Australia di Darwin, semalam.

Eain Yow, 19, mengatasi pilihan kedua, Joshua Larkin dengan kemenangan 13-11, 11-6, 11-9 pada aksi final sekalo gus merakam kemenangan ketiganya ke atas pemain ranking ke-71 dari Australia tahun ini, termasuk Terbuka Northern Territory di mana dia bangkit daripada ketinggala­n dua permainan untuk meraih kejuaraan.

Eain Yow, di ranking ke-65 dunia, kini bangga menyertai kelompok bekas juara-juara dunia yang pernah memenangi Terbuka Australia, antaranya Jahangir Khan, Chris Dittmar, Rodney Martin, Jonathan Power dan Ramy Ashour.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada teman-teman dan rakan sepasukan di atas sokongan mereka. Ia minggu yang hebat buat saya,” katanya.

Namun bekas juara dunia Rachael Grinham menafikan kejuaraan berganda buat Malaysia apabila menewaskan pemain remaja S Sivasangar­i 11-5, 11-9, 11-7 dalam final wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia