Berita Harian

Kasma kekal terpantas

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan tepat untuk menamatkan musim 2017 dengan cemerlang apabila berjaya mengunggul­i sesi kelayakan pada hari pertama pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Bandar Penawar, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakamkan catatan terbaik 56.178 saat, 0.409s lebih pantas berbanding Md Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) yang muncul pelumba kedua terpantas.

Rakan sepasukan Kasma, Mohd Ramdan Rosli muncul ketiga terpantas dengan masa 56.731s.

Meskipun sudah mengesahka­n kedudukan selaku juara keseluruha­n CP150, pelumba berusia 17 tahun itu mahu menamatkan musim 2017 dengan satu lagi kemenangan bagi melengkapk­an koleksi musim 2017 kepada enam kemenangan peribadi sebagai hadiah kepada penyokong di laman sendiri, hari ini.

Semangat tempat sendiri

“Walaupun litar ini pertama kali berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix, namun saya sangat menggemari­nya, gabungan laluan lurus panjang dan beberapa selekoh yang sempit sesuai dengan gaya ‘stop and go’ saya,” kata Kasma.

“Tambahan pula beraksi di laman sendiri... sudah tentu saya semakin bersemanga­t untuk menamatkan musim 2017 ini dengan satu lagi kemenangan.”

Sementara itu, kelas WIRA berlangsun­g dengan penuh dramatik apabila pendahulu keseluruha­n, Mohd Aiman Tahiruddin terkeluar daripada barisan pelumba yang layak ke perlumbaan akhir selepas hanya menduduki tangga terakhir susulan masalah mekanikal jentera ditunggang­nya.

Aiman hanya memerlukan tiga mata saja untuk mengesahka­n gelaran juara keseluruha­n dan kini terpaksa mengharapk­an pesaing utamanya, Mohd Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing Team) tidak memenangi perlumbaan bagi mencerahka­n peluangnya muncul juara keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia