Berita Harian

Golf Amal Piala Laksamana meriah

Kejohanan berjaya kumpul RM3.158 juta untuk disalurkan kepada TLJCF

- Oleh Rizar Mohd Noor

Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana 2017 di The ELS Club Desaru-the Ocean, yang berlangsun­g semalam berjaya mengumpul RM3.158 juta untuk disalurkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF).

Pengerusi penganjur kejohanan, Tan Sri Esa Mohamed, berkata jumlah itu hasil sumbangan daripada badan korporat selain hasil kutipan RM20,000 bagi setiap ‘flight’ membabitka­n penyertaan keseluruha­n 32 ‘flight’.

“Sambutan tahun ini sangat bagus kerana ramai yang ingin mengambil bahagian tetapi tidak cukup tempat dan ini bermakna ahli korporat serta konglomera­t semakin minat menyertai kejohanan golf amal,” katanya pada Majlis Penutupan dan Santapan Diraja bersama Sultan Ibrahim.

Kejohanan ini diadakan atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan ia diadakan setiap tahun. Menariknya, penyertaan badan korporat pada tahun ini melebihi 20 penyertaan sekali gus ia lebih baik berbanding tahun lalu.

Buat dua pusingan

“Sekiranya ramai lagi berminat untuk menyertai kejohanan ini pada tahun depan, mungkin kita akan mengadakan dua pusingan dan semua bergantung kepada penyertaan nanti,” katanya.

Esa berkata, antara penyumbang terbesar ialah Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, yang menyumbang RM1 juta dan turut menyumbang Ranhill SAJ (RM500,000).

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaik­an Piala Pusingan Laksamana seberat 14 kilogram yang bernilai RM411,322 kepada pasukan Kumpulan Tanglin yang berjaya memungut mata tertinggi, 24 mata.

Media Prima Berhad yang menjadi rakan media rasmi kejohanan diwakili Pengurus Besar Kumpulan Bahagian Pengurusan Risiko, Mohd Hisham Shazli.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Sultan Ibrahim bergambar bersama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (dua dari kanan);
Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim (kanan) dan peserta Kejohanan Golf Amal Trofi Laksamana 2017, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Sultan Ibrahim bergambar bersama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (dua dari kanan); Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim (kanan) dan peserta Kejohanan Golf Amal Trofi Laksamana 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia