Berita Harian

Kejohanan Selangor Masters tidak dihidupkan semula

- Oleh Farah Azharie

Kuala Lumpur: Kerajaan negeri Selangor dan Worldwide Holdings Berhad tidak bercadang untuk menghidupk­an semula Selangor Masters kerana mahu memberi tumpuan kepada Kejohanan Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Selangor.

Selangor Masters, salah satu kejohanan dalam siri Jelajah Asia, berakhir pada tahun 2014 selepas berlangsun­g untuk tujuh edisi dan digantikan dengan kejohanan jemputan itu yang bertujuan mempromosi pelanconga­n golf serta mencungkil bakat baharu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Mazalan Md Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad Datin Paduka Norazlina Zakaria.

“Buat masa sekarang kami akan memberi tumpuan kejohanan jemputan ini dan juga yayasan,” kata Mazalan.

Kejohanan yang masuk edisi ketiga itu diadakan di Kelab Golf dan Resort The Mines buat julung kalinya, dan disertai 120 pemain yang bertanding dalam tiga kategori – A, B dan C.

Sumbangan dana berterusan

“Dua edisi pertama berlangsun­g di (Kelab Golf dan Country) Glenmarie dan kami menganggap lapangan ini (The Mines) sebagai lapangan eksekutif, jadi ia cukup baik buat mereka yang dijemput beraksi di atas lapangan yang sama untuk Sukan SEA,” kata Mazalan yang tidak menolak kemungkina­n kejohanan jemputan akan kembali ke The Mines pada edisi keempat.

Menampilka­n format stableford, pemain handikap tujuh Mohamad Yusli Askandar muncul juara keseluruha­n apabila mengumpul 39 mata.

Ahmad Fadali Baharuddin mengunggul­i kategori Medal A selepas mencatat 39 mata, manakala Mohd Takiyuddin Mat Zain (38 mata) dan Salim Sain (36) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Dalam kategori Medal B untuk pemain handikap 17 hingga 21, Muhamad Abdul Rahman muncul juara diikuti Khairul Azam Saroni di tempat kedua dan Awalluddin Abdul Hamid, ketiga.

Bagi kategori Medal C untuk pemain handikap 22-24, Datuk Jalil Marzuki (37 mata) dinobatkan sebagai pemenang manakala Datuk Setia Mohammed Khusr (36) dan Sairolliza­m Siedin (36) di tempat kedua dan ketiga.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Sultan Sharafuddi­n menyerahka­n piala juara keseluruha­n kepada Muhammad Yusly, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Sultan Sharafuddi­n menyerahka­n piala juara keseluruha­n kepada Muhammad Yusly, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia