Berita Harian

Marcote, Gomez sama bagus

-

Subang jaya: Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff menegaskan tidak kisah siapa pengendali baharu yang akan membimbing skuad Helang Merah bagi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

Katanya, beliau percaya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan membuat pilihan yang tepat dengan membawa jurulatih terbaik untuk membimbing skuad itu.

“Ia terpulang kepada pengurusan KFA menentukan siapa yang akan menjadi ketua jurulatih baharu Kedah musim depan.

“Saya sentiasa bersedia untuk bekerja dengan mana-mana pengendali dan saya yakin pihak pengurusan akan membuat pilihan terbaik demi kemajuan pasukan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Setakat ini, dua nama disebutseb­ut sebagai calon utama ketua jurulatih Kedah termasuk bekas pengendali Helang Merah musim 2015, Ramon Marcote dan bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia