Berita Harian

Khairul Azhan kekal di Selangor

- Oleh Rodly Fadly

Kuala lumpur: Penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Azhan Khalid menamatkan spekulasi mengenai hala tujunya musim depan dengan mengesahka­n dia akan kekal bersama skuad The Red Giants.

Walaupun belum ada perjanjian muktamad, namun Khairul atau mesra dengan panggilan Yan berkata, secara dasarnya dia sudah bersetuju dengan kontrak lanjutan yang ditawarkan oleh juara Piala Malaysia 33 kali itu.

Saya boleh katakan hampir pasti bermain untuk Selangor musim depan dan akan menandatan­gani kontrak baharu tidak lama lagi.

“Saya membuat kenyataan ini kerana ingin menamatkan pelbagai spekulasi mengenai masa depan saya. Macam-macam saya dengar dan baca. Saya harap dengan pengakuan ini, akan menutup semua cerita,” katanya.

Yan yang menyertai Selangor sejak 2016 dikaitkan dengan beberapa pasukan, termasuk dikatakan akan kembali ke pangkuan pasukan Pahang yang pernah diwakili selama tiga musim (2013-2015).

Ia ekoran keputusan skuad Tok Gajah tidak mengekalka­n penjaga gol utama mereka, Wan Azraie Wan Teh yang sah akan menyarung jersi Terengganu, musim depan.

Dirisik Kuala Lumpur

Penjaga gol kebangsaan ini turut dikaitkan dengan pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur yang sedang berusaha memperkuku­hkan pasukan bagi menghadapi saingan liga elit itu.

“Memang benar saya dirisik oleh beberapa pasukan, Liga Super atau Liga Perdana. Tetapi, saya telah menyatakan pendirian untuk kekal bersama Selangor.

“Saya baru dua tahun bersama pasukan itu, sekurang-kurang saya mahu beraksi semusim lagi bersama mereka. Apatah lagi ketika ini, tidak ada keperluan untuk saya berpindah kerana selesa bersama Selangor,” ujar Yan.

Namun, Yan tidak menolak kemungkina­n akan kembali ke pangkuan Pahang jika menerima tawaran pada masa akan datang.

“Sebagai pemain, memang suatu masa nanti saya mahu pulang mengakhiri karier di negeri kelahiran saya, tetapi bukan sekarang,” katanya.

 ??  ?? Khairul Azhan
Khairul Azhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia