Berita Harian

MU tunggu jawapan Ghaddar

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Melaka United (MU) masih menunggu jawapan penyerang kelahiran Lubnan, Mohammed Ghaddar, sama ada mahu menerima tawaran mewakili skuad terbabit di Liga Malaysia 2018 atau sebaliknya.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya perlu membuat pengesahan lisan saja untuk memuktamad­kan kedudukann­ya bersama skuad Hang Tuah musim depan.

Ini kerana, JDT secara dasarnya sudah bersetuju untuk memberi pelepasan kepada pemain terbabit walaupun masih memiliki kontrak bersama skuad Harimau Selatan berkenaan.

Jawapan minggu depan

“Kami sudah mengadakan perbincang­an bersama Ghaddar dengan jawapan sepatutnya diberikan kepada MUSA, Khamis lalu namun sehingga kini belum ada keputusan yang jelas.

“Jadi, kami masih memberi ruang untuknya memberi jawapan berkaitan kesediaann­ya untuk mewakili skuad Hang Tuah. Apapun, kami yakin MU bakal menerima keputusan positif,” katanya.

Katanya, jawapan akhir dijangka diketahui lewat minggu depan, dengan sesi latihan pasukan kendalian Eduardo Almeida dijangka bermula awal Disember.

Jika menjadi kenyataan, skuad Hijau Putih bakal menjadikan penyerang berbahaya itu sebagai tunjang utama pasukan dan pada masa sama, mereka juga sedang mengintai pemain tengah dari Filipina dan Indonesia bagi mengisi kuota import dari Asia Tenggara.

Ketika ini, dua pemain terbabit berada dalam radar MU berdasarka­n rekod dan prestasi cemerlang ketika menyarung jersi pasukan negara masingmasi­ng.

 ??  ?? Ghaddar sudah dapat pelepasan skuad Harimau Selatan untuk menyertai MU.
Ghaddar sudah dapat pelepasan skuad Harimau Selatan untuk menyertai MU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia