Berita Harian

UMS sentiasa lahir graduan berdaya saing

-

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus menjadi antara universiti yang mampu melahirkan graduan berdaya saing di negara ini.

Sehubungan itu, Yang di-pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin selaku Canselor UMS, meminta graduan memperkuku­hkan personalit­i dan bersedia melaksanak­an transforma­si fizikal dan minda.

Setakat ini, katanya, UMS sudah melahirkan seramai 66,548 graduan dan UMS adalah antara universiti yang mampu melahirkan graduan berdaya saing.

“Graduan yang memiliki nilai murni akan menjadi modal insan yang berintegri­ti dan produktif, sekali gus pemimpin ulung pada masa hadapan,” katanya pada majlis pembukaan Konvokesye­n UMS Ke-19 di Dewan Canselor di sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Seramai 5,313 graduan UMS akan menerima ijazah dan diploma pada majlis konvokesye­n yang berlangsun­g tiga hari bermula hari ini.

Abdul Ghani diiktiraf

Ia membabitka­n 59 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PHD), sarjana (576), sarjana muda (4,632) dan diploma (46).

UMS turut menganuger­ahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Perancang Pembangu- nan Ekonomi Bumiputera Negeri Sabah, Tan Sri Abdul Ghani Gilong.

Sementara itu, Abdul Ghani dalam ucapan balas melahirkan rasa terharu atas anugerah itu yang menghargai jasanya dalam membangun nasib Bumiputera.

“Perjuangan saya bertitik tolak daripada perjuangan menjayakan penubuhan Malaysia, dan menghasilk­an pelbagai portfolio menteri di Kabinet Persekutua­n pada era Perdana Menteri pertama sehingga ketiga,” katanya.

Anak petani dari Ranau itu berupaya meletakkan ekonomi anak negeri berada pada paras yang terbaik.

Pada usia 85 tahun, Abdul Ghani masih memperjuan­gkan pribumi anak negeri ini.

 ?? [ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ] ?? Juhar menyampaik­an Ijazah Sarjana Sains kepada Kartini Sukarno pada Majlis Konvokesye­n Ke-19 di Dewan Canselori, UMS, Kota Kinabalu.
[ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ] Juhar menyampaik­an Ijazah Sarjana Sains kepada Kartini Sukarno pada Majlis Konvokesye­n Ke-19 di Dewan Canselori, UMS, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia