Berita Harian

NSTP gondol tujuh anugerah utama KSPA

Majlis Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu iktiraf sumbangan media

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kerajaan negeri mengiktira­f tugas dan sumbangan wartawan termasuk menjadi pengantara di antara kerajaan dengan rakyat dalam memaparkan pelbagai isu berkaitan kepentinga­n masyarakat dan negeri.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata media mampu mempengaru­hi pemikiran rakyat dan menggerakk­an mereka untuk bertindak, malah mampu mengubah landskap sosial dan politik negara.

“Orang ramai bergantung kepada anda (media) untuk mendapatka­n laporan yang betul dan tepat.

“Sehubungan itu, laporan media perlulah berasaskan fakta sahih dan bukan spekulasi kerana ia akan memberi gambaran salah, malah menyebabka­n panik,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu (KSPA) 2017, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo; Penasihat Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden SJA, Muguntan Vanar.

Musa berkata, wartawan masa kini memikul tanggungja­wab lebih besar untuk memastikan laporan tepat sejajar perkembang­an industri yang membolehka­n maklumat disebarkan dengan cepat.

Katanya, media tidak harus membenarka­n penulisan berasaskan dakwaan semata-mata atau cerita yang separuh benar dalam menghasilk­an laporan masing-masing.

Lonjak pertumbuha­n Sabah

“Pen yang anda pegang lebih tajam daripada pedang dan anda bertanggun­gjawab bagaimana untuk menggunaka­nnya. Saya gembira memaklumka­n bahawa media di Sabah adalah bertanggun­gjawab dan memaparkan berita yang penting dan bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata, media melaksanak­an tugas penting dalam menceritak­an perubahan pesat pembanguna­n dan ekonomi yang dialami negara termasuk dalam usaha mengukuhka­n keyakinan pelabur selain memastikan kepentinga­n rakyat dipenuhi.

Sementara itu, Musa berkata tumpuan kerajaan negeri dalam sektor minyak dan gas serta kelapa sawit bagi melonjakka­n pertumbuha­n Sabah menunjukka­n hasil positif, selain berjaya menjana lebih banyak aktiviti ekonomi.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan negeri turut meneruskan tumpuan membangunk­an sektor pertanian, pelanconga­n dan pembuatan selaras dengan hala tuju negeri yang digariskan sebelum ini.

Pada majlis itu, kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menggondol tujuh anugerah utama KSPA 2017, masing-masing tiga dimenangi BH, diikuti jurugambar NSTP (dua), dan masing-masing satu dimenangi New Straits Times (NST) dan Harian Metro.

Sebanyak 14 anugerah merit turut dibawa pulang wartawan dan jurugambar kumpulan NSTP, termasuk satu merit dimenangi rakan dalam keluarga Media Prima iaitu TV3, bagi kategori penyiaran.

 ?? [ FOTO LANO LAN / BH ] ?? Pemenang anugerah daripada akhbar terbitan NSTP bergambar bersama Musa pada Majlis Malam Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu di Kota Kinabalu.
[ FOTO LANO LAN / BH ] Pemenang anugerah daripada akhbar terbitan NSTP bergambar bersama Musa pada Majlis Malam Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia