Berita Harian

Graduan tempatan patut jadi guru agama

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri perlu memberi peluang kepada graduan dalam pengajian Islam kelahiran Sarawak untuk mengisi jawatan guru agama di sekolah di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya, berkata Sarawak tidak ketandusan graduan berkelayak­an untuk mengisi jawatan itu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Islam Sarawak, berkata ketika ini pejabatnya sudah mengumpul 344 graduan yang berkelayak­an untuk diserahkan kepada kerajaan negeri.

“Adalah baik jika graduan yang berasal dari negeri ini diberi keutamaan kerana mereka mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai budaya dan keperluan kita.

“Matlamat kita untuk memastikan tempat bagi graduan kita dan tidak mahu peluang pekerjaan yang ada di negeri ini diambil oleh orang luar,” katanya di sini, kelmarin.

Juanda yang juga bekas Mufti Perlis, berkata April lalu pihaknya sudah menyerahka­n lebih 100 nama graduan kepada Kementeria­n Pendidikan, namun hanya 46 orang diterima untuk berkhidmat sebagai guru agama di negeri ini.

Berikutan itu katanya, kerajaan negeri dan Persekutua­n perlu mengkaji semula kaedah pengambila­n guru agama dengan memberi keutamaan kepada graduan kalangan anak jati Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia