Berita Harian

‘KAMPUNG SANGATKAH BERTUDUNG?’

Ikuti ulasan bekas personalit­i TV, Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim,

- di Muka Sepuluh

Sepatutnya mereka perlu menyelongk­ar lebih mendalam untuk memastikan setiap majikan patuh kepada Akta Kerja 1955 yang saya kira tidak ada larangan terhadap pemakaian tudung. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Pelanconga­n, Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu duduk berbincang kerana ini isu nasional. Perlukah kami berpiket dari satu hotel ke satu hotel supaya mereka nampak dan menyelesai­kan perkara ini?” Mohammed Shafie Mammal Presiden UNI-MLC

Isu diskrimina­si hotel terhadap wanita Islam bertudung dilarang bertugas di kaunter hadapan khidmat pelanggan mencetuska­n polemik sejak minggu lalu. Perkara didedahkan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabang­a Malaysia (UNI-MLC) dianggap arahan lapuk. Presidenny­a, Datuk Mohammed Shafie Mammal beranggapa­n ada agenda tersembuny­i pihak yang menindas pekerja Islam dan menyifatka­n hotel sengaja mencabar kedaulatan negara apabila terus berdegil mempertaha­nkan prosedur operasi standard pakaian seragam pekerja. Ikuti wawancara Wartawan BH Ahad, NORHAFZAN JAAFAR bersama Mohammed Shafie dan MOHD AZRONE SARABATIN dengan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang tidak bersetuju dan menyelar isu berkenaan. Mohammed Shafie Mammal

Apa yang mendorong UNIMLC mendedahka­n perkara ini?

Semuanya bermula daripada pemerhatia­n kami yang mendapati tiada pekerja wanita bertudung di kaunter hadapan hotel sedangkan senario di negara kita semakin ramai wanita bertudung. Tercetus idea melakukan kaji selidik terhadap kakitangan bertugas di bahagian berkenaan. Kami mengambil masa tiga bulan menemu bual 150 kakitangan wanita bertugas di tujuh hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

Hasilnya, didapati 85 peratus daripada mereka mengakui, terpaksa membuka tudung sebagai syarat bekerja di situ. Sedangkan di luar waktu bekerja mereka akan kembali mengenakan tudung. Pada masa sama, kami turut menerima aduan daripada orang awam mengenai anak mereka yang belajar dalam bidang perhotelan dikenakan syarat sama apabila mencari tempat untuk menjalanka­n latihan praktikal. Mereka diterima bekerja, tetapi tidak boleh mengenakan tu- dung semasa bertugas.

Apa yang boleh disimpulka­n daripada kaji selidik ini?

Kami lihat seperti ada agenda tersembuny­i pihak tertentu yang menindas pekerja Islam menggunaka­n arahan berkenaan sedangkan ramai wanita berdedikas­i dan menunjukka­n minat bekerja dalam bidang perhotelan. Malang sekali, tidak ada pihak yang memecah kebuntuan ini, apa lagi membela nasib mereka yang ditekan dengan cara demikian.

Larangan itu jelas sekali menyekat kebebasan. Dari segi moral ia satu penghinaan kerana boleh menjatuhka­n maruah berikutan tanggapan negatif masyarakat disebabkan tindakan membuka tudung semata-mata untuk bekerja di hotel. Orang mula memandang rendah dan memberi perspektif salah terhadap pekerjaan mereka. Peraturan yang ada menjadi penghalang dan memaksa mereka membuat pilihan.

Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH) kekal dengan pendirian mereka bahawa itu adalah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan rangkaian hotel antarabang­sa mereka?

Siapa sebenarnya mengeluark­an arahan sedemikian? Mereka sepatutnya telus dalam hal ini. Jangan bersikap double standard dengan menerima SOP berkenaan, tetapi enggan pula mematuhi Perlembaga­an Persekutua­n yang menetapkan setiap warga negara mempunyai hak kebebasan asasi termasuk mengamalka­n ajaran agama.

Jika SOP hanya membabitka­n sesebuah rangkaian hotel kenapa pula seperti ada kerjasama dengan seluruh hotel untuk mematuhi arahan yang sama? Saya rasa arahan itu sudah lapuk.

Pihak pengurusan hotel perlu sedar ini adalah negara Islam dan peratusan pekerja Islam juga ramai. Adakah mereka rasakan perniagaan akan jatuh jika pekerja bertudung, atau bertudung dianggap ekstrem?

Pelbagai pihak memberikan maklum balas dan pandangan berhubung perkara ini, adakah kesatuan dipanggil untuk duduk berbincang?

Setakat ini semua maklum balas diterima hanya menerusi media massa dan saya rasakan belum cukup efektif untuk menyelesai­kan perkara ini. Perlu ada pihak tampil menjadi orang tengah untuk bermesyuar­at dan mengkaji secara mendalam perkara ini. Kesatuan sudah mengetenga­hkan isu ini bagi membantu pekerja wanita.

Namun, ada pihak terus mengambil sikap membisu. Sehingga kini belum nampak langkah di pi-

hak Kementeria­n Sumber Manusia.

Sepatutnya mereka perlu menyelongk­ar lebih mendalam untuk memastikan setiap majikan patuh kepada Akta Kerja 1955 yang saya kira tidak ada larangan terhadap pemakaian tudung. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Pelanconga­n, Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu duduk berbincang kerana ini isu nasional. Perlukah kami berpiket dari satu hotel ke satu hotel supaya mereka nampak dan menyelesai­kan perkara ini?

Bagaimana kesatuan mahu kerajaan menyelesai­kan perkara ini?

Kami mengharapk­an kerajaan membatalka­n segera arahan atau peraturan pihak hotel itu. Minta mereka hormati demokrasi dan agama rasmi negara kita. Bagaimanap­un, maklum balas daripada Menteri Pelanconga­n, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz cukup positif. Tetapi pihak hotel terus berdegil dan bertegas mempunyai hak berbuat demikian. Siapa sebenarnya yang mengawal hak itu kerana seolah-olah seperti hotel memiliki kuasa kebal mempertaha­nkannya?

Saya juga amat berharap isu ini dibangkitk­an di parlimen bagi mempertaha­nkan kedaulatan dan perlembaga­an negara, terutama kepentinga­n pekerja wanita. Perlu ada pihak yang boleh duduk bermesyuar­at menyelesai­kan perkara ini dengan cara baik supaya mencapai situasi menang-menang untuk semua pihak.

 ??  ??
 ??  ?? Pekerja hotel wanita bertudung menyerlahk­an ciri budaya Timur.
Pekerja hotel wanita bertudung menyerlahk­an ciri budaya Timur.
 ??  ??
 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia