Berita Harian

Kampung sangatkah bertudung?

-

Memakai tudung adalah tindakan feminis yang melambangk­an kekuatan dan keupayaan seseorang wanita”

Kecoh baru-baru ini apabila media melaporkan aduan kepada Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabang­sa Malaysia (UNI-MLC) mengenai larangan hotel ternama tertentu untuk pekerja mereka yang bertudung bertugas di kaunter hadapan atau front desk bagi menyambut tetamu.

Ini ditambah dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Hotel Malaysia (MAH), Samuel Cheah Swee Hee bahawa ia tidak harus dipandang sebagai tindakan diskrimina­si kerana hotel ini mempunyai garis panduan antarabang­sa yang perlu dipatuhi.

Saya ingin sangat bertanyaka­n Presiden MAH, sekiranya ada garis panduan melarang mana-mana staf mereka yang bekerja di front

desk untuk memakai tudung, adakah hotel ini mempunyai garis panduan untuk tidak menerima pelanggan yang bertudung?

Saya berasakan kenyataan dikeluarka­n ini sangat cetek lagi menghina kebijaksan­aan kita sebagai rakyat Malaysia. Namun, pada masa sama, ia langsung tidak mempunyai masalah untuk menerima wang dan urus niaga daripada pelanggan yang bertudung termasuk pelancong dari Asia Barat yang lengkap berpurdah.

Wanita bertudung sudah mentadbir sesebuah negara, menjadi pakar perubatan, profesor, peguam dan jurutera”

Saya ingin tahu hotel manakah yang mempunyai garis panduan seperti ini? Ya lah, bagi saya mudah sahaja, kalau hotel berkenaan mempunyai standard atau garis panduan yang menolak mana-mana wanita bertudung untuk menjadi staf di kaunter hadapan, maka kita sebagai pelanggan juga harus mempunyai standard yang wajib untuk memulaukan dan memboikot hotel berkenaan.

Persepsi sempit

Mungkin ini sebahagian daripada pandangan dan persepsi sempit dalam kalangan masyarakat antarabang­sa yang melihat wanita memakai tudung itu sebagai seseorang yang tidak bebas serta dikongkong oleh masyarakat atau keluarga.

Seolah-olah wanita bertudung ini sangat terkebelak­ang dirinya dari segi hak wanita dan sukar untuk mereka menerima kenyataan bahawa ramai wanita Muslim yang memakai tudung atau hijab ini dibuat atas pilihan mereka sendiri.

Saya berpendapa­t bahawa memakai tudung atau hijab adalah suatu tindakan feminis, yang melambangk­an kekuatan dan keupayaan seseorang wanita.

Saya berpendapa­t bahawa Islam yang mengajar kita erti aurat dan

Jangan ada lagi pemikiran kolot konon pemakaian wanita menentukan kebolehan laksana tugas”

kepentinga­n menjaga aurat. Wanita bukan sekadar memperagak­an kecantikan, namun seseorang wanita tidak patut dipandang dan dinilai dari segi sifat fizikal sematamata.

Walaupun naluri manusia itu sukakan sesuatu yang cantik dan memang saya menyokong penuh idea untuk seseorang wanita berusaha untuk kelihatan cantik dan menarik, identiti dirinya tidak harus dikongkong kepada kecantikan fizikal semata-mata dan saya lihat pemakaian tudung itu melambangk­an semangat kewanitaan.

Saya suka melihat apabila Yuna Zarai mula-mula dahulu, pada zaman Myspace menempah nama sebagai seorang pemuzik, dia membawa imej bahawa menutup aurat tidak harus menjadi penghalang kepada impian serta bakat kita.

Kualiti muzik itu harus dinilai pada hasil karya, bukan pada gaya dan rupa karyawan itu sematamata. Walaupun kita akui kedudukan wanita ada kekangan dalam masyarakat dan negara Islam di merata dunia, jangan terperangk­ap dengan persepsi serong masyarakat Barat terhadap umat Islam, sedangkan mereka mengkritik kedudukan wanita dalam masyarakat Islam.

Wajar untuk mengingatk­an diri kita bahawa Pakistan, Indonesia dan Bangladesh, tiga negara dengan 90 peratus pendudukny­a beragama Islam, pernah mempunyai presiden dan perdana menteri wanita dan pada masa sama rakyat Amerika Syarikat menolak calon presiden wanita yang bijak lagi berpengala­man dan memilih lelaki yang kerjayanya adalah memecat orang dalam rancangan TV.

Budaya mereka yang memperdaga­ngkan seks dan tubuh wanita sebagai daya penarik untuk menjual barang serta hiburan bukan sesuatu yang patut kita contohi, apatah lagi hendak dibanggaka­n. Bukankah erti feminis itu adalah menjadi seseorang yang percaya bahawa wanita setara kedudukann­ya berbanding lelaki, mempercaya­i bahawa kebolehan wanita itu tidak wajar dan tidak patut dikongkong hanya kerana jantinanya.

Sebab itu saya melihat pemakaian hijab dan tudung oleh seseorang wanita sebagai tanda kekuasaan yang membawa maksud nilai diri seseorang wanita itu bukan sekadar rupa fizikal sematamata, tetapi termasuk juga dari segi pemikiran, personalit­i dan pembawakan.

Kecewa sikap diskrimina­si

Mungkin sebab itu saya begitu marah dan terhina dengan kenyataan serta keadaan ada hotel di Malaysia melakukan diskrimina­si sebegitu kepada wanita yang memakai tudung. Seolah-olah mereka yang memakai tudung bakal menakutkan pelancong, ataupun kononnya membawa imej ‘kampung’ yang tidak layak untuk berhadapan dengan pelanggan dari pelbagai negara.

Walhal wanita bertudung sudah mentadbir sesebuah negara, menjadi pakar perubatan, profesor, peguam dan jurutera. Kalau wanita bertudung boleh memegang tanggungja­wab sebagai seorang jurutera di atas sebuah pelantar minyak, takkan mereka tidak mampu untuk menjadi staf pintu hadapan sesebuah hotel yang hanya memerlukan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan mengisi maklumat pelanggan dalam komputer.

Memakai hijab dan tudung adalah pilihan yang dibuat oleh seseorang wanita Muslim itu, tidak patut kita mendiskrim­inasi mereka yang memakai hijab sebagaiman­a kita juga tidak patut memandang rendah atau serong atau mengkritik mereka yang belum bersedia dan memilih untuk tidak memakainya.

Pemakaian hijab dan tudung adalah satu keputusan peribadi dan harus kita hormati. Namun saya pinta, pada zaman serba moden dan maju ini jangan ada lagi pemikiran kolot ala zaman batu yang kononnya pemakaian seseorang wanita menentukan kebolehan beliau melaksanak­an tugas dan kerja.

Betul, dalam setiap tempat kerja ada peraturan dan korum pemakaian yang harus kita patuhi, tetapi saya melihat larangan atau diskrimina­si pemakaian tudung ini tidak membawa sebarang logik akal yang munasabah dan wajar kita memboikot mana-mana hotel yang melaksanak­an dasar gila ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia