Berita Harian

Hadiah bacaan al-quran, doakan arwah tidak bercanggah syariat Islam

-

Ayah saya baru sahaja meninggal dunia akibat sakit tua. Sebagai anak, bolehkah kita sedekah al-fatihah kepada arwah.

Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan solihin. Isu hukum membaca al-fatihah atau selainnya daripada al-quran menjadi perbincang­an hebat dalam kalangan ulama. Ada yang membenarka­nnya dan tidak kurang juga melarang.

Berhubung isu ini, saya bersama ulama yang membenarka­n perbuatan membaca ayat al-quran untuk dihadiahka­n kepada arwah ibu bapa selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat dan akidah Islam kerana hukum membaca al-quran adalah bersifat umum.

Kita dibenarkan untuk membacanya pada semua waktu dan keadaan tanpa sebarang pengkhusus­an daripada syarak kecuali tempat yang tidak sepatutnya seperti tandas. Atas dasar itu, maka membaca ayat al-quran untuk dihadiahka­n kepada arwah ibu bapa termasuk dalam lingkungan dibenarkan selagi tiada dalil khusus melarangny­a.

Antara ulama yang membenarka­n perbuatan ini ialah ulama mazhab Hanafi, Maliki, Shafi’e dan Hanbali seperti al-imam Abu Bakar al-khallal al-hanbali, alimam Ali bin Ahmad al-kahari, al-imam al-qurtubi, al-hafiz alsakhawi al-shafi’e, al-imam al-sayuti, al-imam al-nawani dan ramai lagi.

Hujah mereka ialah hadis Nabi SAW dan amalan sahabat antaranya daripada Yasar bin Ma’qal, Nabi SAW bersabda: “Bacalah kepada mereka yang telah mati surah Yasin.” (Riwayat Ibn Majah; al-hakim dan ibn Hibban dengan darjat sahih)

Daripada Ibn Umar, Nabi SAW bersabda: “Apabila matinya anak Adam janganlah dilambatka­n pengebumia­n dan bacalah pembukaan al-quran - al-fatihah di bahagian kepalanya manakala penghujung al-quran di bahagian kakinya ketika jenazah dimasukkan ke dalam kubur.” (Riwayat altabarabi dan al-bayhaqi dengan sanad yang baik)

Berdasarka­n penjelasan dan dalil dikemukaka­n, dapatlah disimpulka­n membaca ayat al-quran untuk si mati adalah dibenarkan dengan syarat tidak dilakukan dengan melampau sehingga bercanggah syariat Islam.

Dalam konteks kita di Malaysia, perbuatan seperti itu sudah menjadi satu adat yang tidak menyalahi syariat Islam kerana ia menggalakk­an anak saling mendoakan ibu bapa mereka di samping bersedekah kepada sahabat handai serta ahli keluarga.

Perkara ini sememangny­a dijelaskan oleh Nabi SAW hadis sahih dalam sabda Baginda: “Jika mati anak Adam maka terputusla­h semua amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatk­an dan doa anak yang soleh.”

Bolehkah kita mengupah pelajar tahfiz untuk membacakan 30 juzuk al-quran di atas pusara ibu dan ayah selama tujuh hari.

Islam tidak pernah menentukan hari atau tempoh tertentu untuk membacakan ayat al-quran kepada arwah ibu dan ayah. Oleh itu, tidak perlulah anak membazirka­n duit dengan mengupah orang lain membacakan al-quran untuk arwah ibu bapa mereka.

Sebenarnya, orang yang paling layak untuk berbuat demikian adalah anak yang soleh dan solehah. Tidak perlu membazir wang ringgit untuk itu sedangkan ia boleh dimanfaatk­an dengan bersedekah kepada fakir miskin dan wakaf atas nama arwah.

Mohon penjelasan ustaz berhubung sahabat handai yang datang menziarahi orang se- dang nazak. Apakah sebenarnya yang perlu dilakukan oleh mereka.

Ramai sahabat handai yang datang menziarahi orang yang sedang nazak tidak tahu hendak buat apa ketika menziarah selain duduk di samping pesakit. Sebenarnya, amalan terbaik ialah membaca surah Yasin.

Perkara ini diperakui oleh jumhur ulama berasaskan sabda Nabi SAW: “Bacalah ke atas jenazah kamu Yasin.”

Imam Nawawi mentafsirk­an, orang yang sedang nazak juga termasuk dalam galakan hadis itu. Di samping itu, terdapat sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Shafi’e menggalakk­an dibacakan kepada pesakit yang sedang nazak surah al-ra’d.

Ini kerana surah itu diriwayatk­an oleh Jabir bin Abdillah mampu meringanka­n beban pesakit untuk menghadapi saat sakaratulm­aut.

Bagaimanap­un, perlu diingatkan, semua amalan itu bukanlah satu kewajipan tetapi sekadar galakan ulama berasaskan hadis Nabi SAW dan amalan para sahabat merujuk kepada al-majmuk karangan Imam al-nawawi.

Justeru, mereka yang datang menziarahi pesakit sedang nazak, adalah lebih baik mereka meringanka­n beban pesakit dengan membaca ayat suci al-quran. Elakkan daripada bercakap perkara merugikan. Sesungguhn­ya tiada kata-kata paling menenangka­n kecuali ayat suci alquran.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Islam menggalakk­an umatnya membacakan al-quran kepada arwah ibu dan ayah.
[FOTO HIASAN] Islam menggalakk­an umatnya membacakan al-quran kepada arwah ibu dan ayah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia