Berita Harian

Hasrat naiki belon tidak kesampaian

-

menarik lain di Istanbul, Taman Ozdilek, Taman Yildiz, Menara Jam Dolmabahce, Istana Dolmabahce, Istana Beylerbeyi, Istanbul Sapphire dan Bomonti.

Hajat Hasan hendak merasai pengalaman menaiki belon panas di Cappadocia tidak kesampaian kerana cuaca tidak mengizinka­n dan syarikat yang mengendali­kan perkhidmat­an berkenaan mengembali­kan bayaran tambang.

Sebagai kenangkena­ngan beliau membeli kemeja T dan rantai kunci ketika singgah di kedai cenderamat­a di stesen belon panas berkenaan.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Bulgaria, Hasan sempat singgah di Edirne, bandar kelahiran Al Fatih, khalifah Islam yang merobek keegoan kerajaan Rumawi.

Hasan berkata, pengalaman di Bulgaria berlainan pula, sebaik menjejakka­n kaki di bumi Sofia, hatinya sebak apabila melihat puluhan gereja tersergam indah di ibu negara Balkan berkenaan.

“Semuanya apabila mengetahui 30 gereja berkenaan adalah tapak bekas masjid zaman Khalifah Uthmaniyya­h yang dirobohkan pakatan tentera Perang Salib 1877 yang lalu.

“Hanya satu masjid iaitu Masjid Bunya Bashi bagi kegunaan umat Islam kira-kira 9 peratus daripada 7.2 juta rakyat Bulgaria. Ada juga bekas masjid dijadikan muzium arkeologi oleh pemerintah,” katanya.

Tiub tayar bocor di Bulgaria

Katanya, di Bulgaria beliau diuji pelbagai halangan cuaca, keadaan jalan dan tiub tayar basikal bocor gara-gara terlanggar paku.

“Saya bernasib baik membawa peralatan dan tidak sampai lima minit berjaya membaikiny­a. Saya kemudian meneruskan perjalanan ke Dimitrovgr­ad, Serbia.

“Laluan ke Serbia, selain mendaki saya terpaksa meredah hampir tiga terowong jalan raya yang sempit dan beberapa kali berselisih dengan kereta serta lori.

“Seperkara lagi, saya terpaksa meredah beberapa kedai serbaneka untuk membeli kad SIM telefon Serbia memandangk­an kad

SIM Bulgaria tidak boleh digunakan lagi. Pada masa yang sama talian Internet di negara Balkan ini terlalu perlahan,” katanya.

Beliau berkata, menariknya di Serbia ialah pemandanga­n yang indah dengan daun-daun pokok mulai merah, menandakan seminggu dua lagi musim luruh tiba.

Suhu di Serbia menyamanka­n

“Suhu di Serbia tidak banyak beza sekitar lapan hingga sembilan darjah Celsius. Kena pakai baju dua tiga lapis termasuk sehelai berkain tebal bagi mengelakka­n kesejukan.

“Ketika dalam perjalanan ke Bosnia, sekali lagi saya diduga apabila rim basikal bengkok gara-gara terlanggar lubang dan dua jejarinya patah ketika di Krusevac. Saya bernasib baik kerana orang Serbia sedia membantu dan mengenakan caj yang minimum,” katanya.

Ketika ini, Hasan sudah pun memasuki Bosnia dan menjangkak­an dalam masa empat atau lima hari dapat menghabisk­an kayuhan di negara berkenaan sebelum memasuki Croatia.

Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia pertama berbasikal mengelilin­g dunia, Hasan berjaya menamatkan separuh penjelajah­an

Misi Kayuhan Solo 2017 iaitu Iran, Turki, Bulgaria dan Serbia. Hanya tinggal Bosnia, Croatia, Slovenia sebelum berakhir di Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia