Berita Harian

IKUTI LUAHAN EKSPRESI KANAK-KANAK MALAYSIA

Kanak-kanak adalah pemimpin generasi pada masa depan. Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut hari ini, memberi ruang kepada tiga kanak-kanak meluahkan ekspresi mereka. Dengarkan suara kanak-kanak ini.

- Mariah Junid, 16 Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Sejak saat pertama mencelikka­n mata, kanak-kanak di bawah 18 tahun mempunyai pelbagai hak yang sangat istimewa.

Setiap keluarga memikul tanggungja­wab untuk memastikan hak-hak mereka dilindungi, tanpa memandang sebelah mata pada ketidakupa­yaan, agama, budaya, dan jantina.

Dalam perspektif saya, kanakkanak patut melahirkan suara hati kerana tiada seorang pun yang patut diberi layanan secara tidak adil atas dasar apa-apa.

Mereka tidak seharusnya menerima nasib yang kurang baik sehinggaka­n mereka tidak dapat melakukan aktiviti normal.

Hak kehidupan

Hak asasi manusia termasukla­h hak kehidupan yang sempurna dan merdeka, kebebasan daripada perhambaan dan penyeksaan, menyuaraka­n pendapat dan banyak lagi.

Setiap orang, tidak kira usia, layak mendapatka­n hak-hak istimewa ini tanpa diskrimina­si, setiap orang juga layak menjalani kehidupan yang bermaruah.

Mereka perlulah didedahkan dengan kepentinga­n hak-hak tersebut agar berani bersuara.

Ibu bapa bersifat penyayang, elakkan penderaan dari segi fizikal, mental dan emosi.

Anak sewajarnya membesar, belajar dan mengembang­kan ilmu pengetahua­n untuk mencapai potensi diri.

Matlamat sebenar

Setiap individu perlu memahami dan mengambil tahu matlamat sebenar dunia yang penuh dengan kontrovers­i ini.

Perlu menamatkan eksploitas­i, perdaganga­n dan keganasan terhadap kanak-kanak?

Ini menjadi keutamaan untuk memastikan kanak-kanak tahu dan faham pandangan mereka juga adalah amatlah penting.

Persoalan utamanya, patutkah orang dewasa mendengar dan mempertimb­angkan apa yang disuarakan? Ataukah tidak menghirauk­an mereka?

Membesarka­n anak menjadi cabaran kita yang paling besar.

Kita harus menghargai dan tidak membahayak­an mereka dengan apa-apa cara.

Mungkin merekalah yang akan mengubah fikiran dan tindakan generasi yang akan datang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia