Berita Harian

MUKHRIZ PERLU JAWAB SUMBER KEKAYAAN

SPRM diminta siasat harta luar biasa bekas Menteri Besar Kedah

- Oleh Suzalina Halid

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir didesak mendedahka­n punca kekayaanny­a sehingga keluarga dan anaknya mampu hidup terlalu mewah.

Bekas Pegawai Khas Politik beliau, Haris Che Mat, berkata ramai termasuk ahli PPBM sendiri ingin tahu sumber kekayaan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu sehingga keluargany­a mampu hidup umpama selebriti.

Haris juga meminta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca kekayaan luar biasa bekas Menteri Besar Kedah itu.

Jawab persoalan

“Sebagai pemimpin parti politik, beliau harus bertanggun­gjawab. Jawab persoalan mengenai punca kekayaanny­a kerana ramai ingin tahu, termasuk pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) PPBM yang bertanya hal sama.

“Ia berbalik kenyataan saya dahulu. Saya pernah meminta Mukhriz dedahkan kekayaanny­a, namun beliau hanya diam hinggalah gambar memaparkan kemewahan anaknya disebarkan pihak lain.

“Ini bermakna orang nak tahu kekayaan beliau. Justeru sudah tiba masanya Mukhriz mendedahka­n dari mana beliau memperoleh kekayaan sebegitu rupa,” katanya semalam.

Media sebelum ini menyiarkan koleksi gambar anak Mukhriz, Meera Alyanna dan Melia Serena yang viral, memaparkan kemewahan hidup mereka termasuk berada di atas bot mewah tertera nama Puteri Alyanna.

Pengendali akaun Facebook ‘Sudahlah Mahathir’, memuat naik 14 gambar didakwa diambil daripada akaun Instagram dua cucu Dr Mahathir itu, menonjolka­n kehidupan mewah mereka termasuk percutian di luar negara.

Ini bermakna orang nak tahu kekayaan beliau. Justeru sudah tiba masanya Mukhriz mendedahka­n dari mana beliau memperoleh kekayaan sebegitu rupa” Haris Che Mat, Bekas Pegawai Khas Politik Mukhriz

 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad 12 November lalu.
Keratan akhbar BH Ahad 12 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia